Monday 8 July 2013

KEPENTINGAN KOMUNIKASI YANG BAIK ANTARA KUMPULAN DALAM PERNIAGAAN




Kebanyakkan syarikat atau organisasi mempunyai orang yang bekerja di dalam kumpulan-kumpulan tertentu. Ini adalah kerana ia didapati lebih berkesan dan produktif daripada seorang individu tunggal yang bertungkus lumus di dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

Komunikasi di dalam kumpulan amatlah penting kerana perbincangan mengenai isu-isu tertentu dapat dilakukan dengan perbincangan dan mendapat perhatian dan pendapat daripada semua ahli kumpulan. Jika hendak dibandingkan dengan bekerja secara individu, kumpulan lebih berkeupayaan di dalam menanggani isu-isu , projek-projek yang kompleks dengan lebih cekap dan cepat.

Walaubagaimanapun , di dalam memastikam sesuatu kumpulan itu bergerak dengan lancar dan teratur, sesebuah syarikat atau organisasi itu mestilah mengamalkan komunikasi yang terbuka dan cekap di antara ahli-ahli kumpulan.

Komunikasi kumpulan adalah penting kerana semua maklumat akan dikongsi bersama dan setiap ahli kumpulan perlu mengetahu matlamat kumpulan dan peranan beliau dalam kumpulan. Setiap ahli kumpulan juga mempunyai kemahiran dan pengetahuan khusus yang mesti digunakan dan diberikan kepada ahli-ahli lain dalam urusan kerja.

Sebarang persoalan atau isu yang timbul mengenai sesuatu gerak kerja akan dikongsi bersama untuk diselesaikan dengan jalan atau cara yang terbaik. Apa-apa keputusan yang dibuat oleh kumpulan perlu disampaikan kepada ahli-ahli yang lain.

Komunikasi yang baik, berkesan dan terbuka akan mewujudkan perasaan kepercayaan dan semangat kekitaan kepada kumpulan. Ahli-ahli akan berasa dihargai, bekerja dengan lebih berdedikasi dan seterusnya sebarang masalah atau isu-isu yang berbangkit akan mudah untuk diselesaikan dan berjaya mencapai matlamat yang ditetapkan.

No comments:

Post a Comment