Monday 8 July 2013

ANALISIS PRODUK



1.       Apa itu Produk?
Produk adalah sesuatu yang ditawarkan kepada pasaran yang mempunyai sifat yang dapat menarik perhatian, dapat dimiliki, digunakan dan mempunyai faedah psikologi serta fizikal yang boleh memuaskan kehendak pelanggan. Produk boleh dikatakan sebagai sesuatu yang ditawarkan di pasaran oleh syarikat atau usahawan dan mempunyai ciri-ciri ketara (tangible) seperti warna, berat, harga dan ciri-ciri tidak ketara (intangible) seperti kepuasan, kecekapan, keberkesanan dan penyelesaian yang mana ciri-ciri tersebut diperlukan dan diingini oleh pengguna.

Boleh dikatakan bahawa asas bagi setiap syarikat ialah adanya suatu produk atau tawaran. Matlamat syarikat adalah untuk menghasilkan produk yang berbeza dan membuat pasaran sasaran menyukainya dan sanggup membayar sesuatu harga untuknya. 

            1.2       Kategori Produk
Lamb, et al. (2009) menyatakan ”Produk terbahagi kepada dua (2) iaitu produk perniagaan/industri (business goods) dan produk pengguna (consumer goods)”. Ianya boleh terdiri daripada sesuatu yang boleh dilihat seperti buku, laptop ataupun dalam bentuk perkhidmatan seperti khidmat nasihat dan sebagainya.

Apabila kita membincangkan mengenai produk, terdapat banyak perkara atau elemen-elemen yang ada dalam sesesuatu produk seperti jenama, bentuk dan saiz produk, kualiti, pembungkusan dan sebagainya. Dalam perkara ini Syarikat Lieos Technology Sdn.Bhd sentiasa melakukan pelbagai strategi bagi meningkatkan permintaan agar produk mereka berjaya di pasaran tempatan mahupun luar negara kerana mereka mengetahui bahawa produk yang dikeluarkan oleh syarikat hendaklah mempunyai kelebihan tersendiri bagi menarik bakal pembeli. 

Menurut Selnes (1993), ”Penilaian produk boleh diukur melalui jenama, harga dan pembungkusan produk”. Selnes menyatakan bahawa terdapat hubungan yang positif antara jenama sesuatu produk dengan kepuasan pembeli dan meningkatkan kesetiaan pembeli terhadap produk tersebut. 

Secara umumnya Syarikat Lieos Technology Sdn.Bhd menyedari bahawa mereka perlu memaparkan perbezaan yang relevan dan jelas di dalam produk mereka dibandingkan dengan produk pesaing yang telah berada di pasaran. Diantara elemen-elemen perbezaan yang dijadikan ukuran oleh Syarikat Lieos  adalah berdasarkan perbezaan fizikal (contohnya seperti ketahanan, rekabentuk, gaya, ciri dan kebolehpercayaan produk), perbezaan ketersediaan (contohnya seperti produk ada di kedai, boleh dipesan atau tempah melalui telefon, surat, e-mel, faks atau secara online melalui internet), perkhidmatan berbeza (Contohnya seperti penghantaran, pemasangan, latihan, perundingan, penyelenggaraan dan pembaikan) dan yang terkahir adalah perbezaan harga (contohnya adalah seperti meletakkan harga tinggi, sederhana, rendah dan harga terendah).

            1.3       Penjenamaan
Menurut Zaharah Bakar (2003) , ”Jenama bermaksub nama, istilah, simbol rekabentuk atau kombinasi elemen-elemen ini yang mengenalpasti keluaran atau produk penjual dan membezakan produk itu daripada produk yang dikeluarkan oleh pesaing”. Terbahagi kepada dua (2) jenis iaitu elemen yang dapat disebut dan tidak dapat disebut. Contoh elemen yang dapat disebut adalah nama produk/jenama (brand name) termasuk abjad (BMW), perkataan (Lieos Mouse Pad, Ltec Optical Mouse) dan nombor seperti (7-Eleven). Manakala elemen jenama yang tidak dapat disebut tetapi dikenali sebagai tanda jenama (brand mark) seperti simbol Proton, Mercedes Benz, lambang harimau (Maybank), burung (Celcom)  dan sebagainya. Kesimpulannya jenama bukan sahaja nama yang diberi kepada produk semata-mata tetapi juga semua elemen yang disebutkan tadi seperti simbol, logo dan juga istilah.

                        1.3.1    Pemilihan Jenama, Rekabentuk & Kualiti
Produk yang menggunakan jenama yang baik dapat menyumbang kepada kejayaan sesuatu produk atau perkhidmatan di dalam pasaran.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini Syarikat Lieos Technology Sdb.Bhd telah pun mengeluarkan produk mereka sendiri (Branding Lieos) terutamanya di dalam perkakasan peralatan komputer. Syarikat Lieos telah berjaya mengeluarkan ”refill ink” dan tetikus (mouse) jenama mereka sendiri dengan kerjasama syarikat di China. Syarikat Lieos dan menamakan produk tersebut dengan nama ”Ltec Optical Mouse” dan juga ”refill Ink” dengan nama ”Lieos Canon Refill Ink”, Lieos HP Refill Ink, Lieos Lexmark Refill Ink” dan Lieos juga telah mengeluarkan ”mouse pad” dengan menamakannya ”Lieos Mouse Pad”.   

Mereka juga telah mendapat kebenaran dari syarikat-syarikat berkaitan seperti HP, Canon dan juga Lexmark di dalam menggunakan nama syarikat tersebut di dalam menamakan produk-produk berkaitan. Ini juga adalah strategi syarikat di dalam mengambil kepercayaan orang ramai kerana syarikat-syarikat besar ini memang telah dikenali dan ianya dapat memperkukuhkan jenama mereka dengan menjalinkan kerjasama dengan syarikat terbabit di mana mereka mempromosi jenama mereka bersama-sama.

Selain daripada itu, syarikat Lieos juga tidak menafikan bahawa elemen rekabentuk dan kesesuaian produk adalah amat penting di dalam menarik pengguna. Sesebuah produk yang direka, dicipta atau diubahsuai mestilah mudah digunakan, diselaraskan serta dapat memenuhi kehendak pelanggan. Oleh itu, syarikat Lieos sentiasa berusaha di dalam memahami keperluan pengguna. Menurut Babbar, et al (2002), ”Kajian yang dijalankan menunjukkan pengguna berpuashati terhadap produk yang direka mempunyai kesesuaian dengan mereka”.

Di samping itu juga, syarikat Lieos juga meletakkan kualiti sebagai salah satu elemen yang penting dalam produk yang dikeluarkan kerana mereka mengetahui dari sudut pengguna, kualiti ialah kapasiti sesuatu produk yang dapat memberi kepuasan kepada pengguna. Yoon dan Kijewski (1997) menyatakan ”Kajian yang dilakukan turut menunjukkan terdapat hubungan antara kualiti produk dengan pengguna”.
Kini Syarikat Lieos mengambil langkah yang lebih teliti di dalam mengeluarkan produk sendiri di samping merancang untuk membina rangkaian franchise di bawah kelolaan Agensi Badan Berkanun di Bawah Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah iaitu MARA dan SME Bank.           
      
1..3.2    Faedah Penjenamaan kepada syarikat
Strategi penjenamaan yang dibuat oleh Syarikat Lieos telah berjaya di dalam membentuk kesetiaan pengguna dan ini terbukti di mana pelanggan-pelanggan baru semakin bertambah dan pengekalan pelanggan-pelanggan lama mereka. 

Penjenamaan juga telah berjaya membaiki, menaikkan imej syarikat dan meningkatkan keupayaan untuk bersaing di mana kini Syarikat Lieos amat dikenali ramai dan disegani di Negeri Terengganu terutamanya di daerah Bandaraya Kuala Terengganu sebagai Syarikat pembekal, pengedar dan penjual produk-produk dan perkhidmatan IT  samada oleh masyarakat ramai mahupun pesaingnya sendiri.

1.4       Pembungkusan dan Pelabelan
Pembungkusan adalah satu proses atau operasi membalut, membungkus atau memasukkan produk ke dalam satu unit bentuk atau bekas dengan tujuan melindungi produk dari sebarang kerosakan atau keadaan yang boleh mengubah atau merosakkan produk, menarik minat pembeli untuk membeli  dan menambahkan kualiti sesuatu produk. 

Ia adalah satu seni yang menggunakan kaedah sains dan teknologi serta inovasi dalam melindungi, memelihara dan mempersembahkan produk dengan lebih berkesan untuk kepuasan pengguna, memaksimumkan keuntungan serta meminimumkan kerosakan. 

Pembungkusan merangkumi pembungkusan primer iaitu merupakan bungkusan utama produk seperti ubat gigi yang dibungkus dengan tiub, pembungkusan yang kedua ialah pembungkusan sekunder iaitu merupakan pembungkusan yang dibuang apabila produk hendak digunakan seperti kotak kadbod atau kertas yang mengandungi tiub ubat gigi, manakala pembungkusan yang ketiga ialah pembungkusan perkapalan iaitu diperlukan untuk menyimpan , mengenalpasti dan menghantar produk. Ia melindungi pembungkusan primer, primer serta produk secara keseluruhannya seperti kotak-kotak besar yang mengandungi kotak-kotak kecil  ubat gigi.

Syarikat Lieos telah merekabentuk dan membungkus produk-produk secara kreatif di mana dapat menarik perhatian para pelanggan terutama yang melibatkan produk keluarannya sendiri. Setiap produk dan perkhidmatan mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri untuk menarik minat dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Mereka sentiasa berusaha dan mencari jalan terbaik di dalam membuat sebarang keputusan yang melibatkan pembungkusan produk kerana mereka tahu  keputusan yang tidak tepat akan mengundang kerugian kepada syarikat. 

Di dalam proses pembungkusan produk ”Ltec Optical Mouse” & ”Ltec Wheel Mouse”, Syarikat Lieos menggunakan strategi dengan menggunakan pembungkusan unik yang dapat menarik pelanggan.
Produk dibungkus di dalam plastik keras kedap udara bagi menjamin ketahanan produk, terjamin dari sebarang kerosakan & dapat memberi keyakinan kepada pelanggan.
Selain dari pembungkusan yang unik dan menarik Syarikat Lieos juga menekankan kepada fungsi pelabelan di dalam menarik pelanggan. 

Apa itu Pelabelan?
Pelabelan merupakan sebahagian daripada pembungkusan yang mengandungi maklumat bercetak atau bersama produk atau rekabentuk grafik pada permukaan pembungkusan dan apa juga bentuk bahan seperti kertas, kad atau bahan lain yang dilekatkan pada objek atau produk. Ia bertujuan menghuraikan beberapa perkara mengenai produk seperti siapa pengedar, di mana ia dibuat, kandungannya dan bagaimana menggunakannya dengan selamat serta jaminan  sepertimana yang dilakukan oleh Syarikat Lioes di mana label dicetak terus pada bekas atau pembungkusan.

            1.5       Perkhidmatan
Di dalam memastikan kepuasan dan membina hubungan yang baik dengan pelanggan Syarikat Lieos sentiasa mencari pendekatan-pendekatan ke arah tersebut. Mereka menyedari bahawa perkhidmatan yang baik dan cemerlang yang diberikan kepada pelanggan adalah melambangkan imej dan kekukuhan syarikat. Ianya juga dapat membezakan kelebihan yang ada pada Syarikat jika dibezakan dengan pesaing-pesaing yang ada. 

Di antara perkhidmatan yang diberikan oleh Syarikat Lieos ialah dengan mewujudkan Bahagian Khidmat Pelanggan atau ”Customer Service Department” bagi mengendalikan urusan-urusan yang berkaitan dengan pelanggan seperti rungutan, maintenance service, informasi dan sebagainya. Syarikat juga menyediakan perkhidmatan ”After Sales Service, Installation, Warranty, penghantaran , penyelengaraan 24 jam, sewaan.guna pakai mesin, khidmat nasihat, memasang, menguji dan mentauliah, membangunkan laman web.portal, memberi kurus-kursus IT, latihan komputer & Multimedia, perkhidmatan kontrak dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment