Monday 8 July 2013

KAEDAH MENGAPLIKASI JIHAD DALAM MASYARAKAT KINI




Penggunaan istilah jihad seperti jihad ilmu, jihad ekonomi, jihad mengekalkan perpaduan dan sebagainya adalah baru tetapi ianya tidak salah dan amat bersesuaian diaplikasikan kepada masyarakat kini sepertimana erti jihad yang luas seperti yang dinyatakan sebelum ini. 

Bentuk-bentuk jihad yang releven hari ini bergantung kepada keadaan sesuatu masyarakat islam di sesuatu tempat. Para pemimpin masyarakat islam di sesuatu tempat tersebut hendaklah membuat penilaian akan masalah-masalah besar dan utama yang dihadapi oleh mereka dan menetapkan keutamaan.

Kekuatan perlu dibina bagi mengangkat kembali kegemilangan islam di dalam semua bidang. Kekuatan islam dan umatnya pada hari ini bukan semata-mata kerana semangat dan kekuatan ketenteraan sahaja tetapi sebaliknya kekuatan ekonomi, politik, ketenteraan, sains dan teknologi, perpaduan adalah inti pati kekuatan yang sebenarnya pada masa kini. . Ia termasuk dalam keutamaan yang perlu ditangani segera dan tanggungjawab melakukannya terpikul dibahu para pemimpin dan semua masyarakat islam dan ini adalah satu jihad yang besar yang perlu dilakukan bersama.

Di bawah ini dinyatakan beberapa kaedah yang sesuai di dalam jihad meningkatkan Ilmu Ke Arah Membentuk Modal Insan Yang Cemerlang.
Dalam mewujudkan modal insan yang berteraskan jihad ilmu, islam telah meletakkan ilmu sebagai suatu tuntutan yang wajib dipelajari tidak mengira jantina. Ilmu merupakan penyuluh hidup dan mereka yang bersungguh-sungguh menguasai ilmu pengetahuan akan dapat menemui jalan kemajuan dan melakukan perubahan dalam hidunya. 

Diantara kaedah-kaedah yang boleh dilakukan di dalam usaha jihad ilmu ke arah membentuk modal insan ialah :
            1.       Berjihad dengan Perubahan (Transformasi)
Berusaha melakukan perubahan atau mentrasformasikan diri daripada keadaan yang sediada kepada keadaan yang lebih baik dan cemerlang. Kita perlu mengubah sikap dan melakukan jihad untuk meningkatkan ilmu pengetahuan yang sediada samada ilmu fardu ain atau kifayah yang merupakan keperluan kepada umat islam masa kini di dalam mengharungi kehidupan yang semakin mencabar. Kita mestilah mengembalikan kegemilangan dan menguasai ilmu dan teknologi yang pernah menjadi milik kita pada masa dahulu yang kini telah didominasi oleh kuasa barat.  Sabda Rasullullah s.a.w : “ Menuntut ilmu itu suatu kewajipan kepada setiap orang islam.” (Bukhari dan Muslim).

            2.       Berjihad dengan Meningkatkan Ilmu Pengetahuan
Asming et.al (2006) mendapati antara langkah penting ke arah pembinaan modal insan cemerlang adalah melalui penerapan budaya suka membaca dalam diri individu dan masyarakat. Mempunyai ilmu yang tinggi mampu mengangkat darjat modal insan dan mengeluarkan manusia daripada kejahilan. Pembangunan kepada manusia yang ‘ celik akal’ hendaklah dilaksanakan kerana ianya mampu membentuk tamadun yang agung dan cemerlang.

Para ibubapa hendaklah disarankan agar menitikberatkan pendidikan terhadap anak-anak dengan menyemai sikap cintakan ilmu kerana anak-anak merupakan modal insan kepada generasi masa hadapan kelak. Modal insane yang dibangunkan dengan berasaskan kepada kerangka islam sudah pasti dapat menjamin kejayaan dan kekuatan sesebuah negara yang berdaulat dan sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan Allah.S.W.T.

            3.       Berjihad Melalui Peranan Pusat-Pusat Pengajian
Sekolah-sekolah atau pusat-pusat pengajian mempunyai fungsi-fungsi tersendiri di dalam mendidik generasi-generasi baru yang berilmu pengetahuan dengan berasaskan transformasi pencarian maklumat yang berteraskan jihad ilmu di dalam islam.

Diantara fungsi-fungsi yang boleh dilakukan di dalam jihad meningkatkan modal insan ialah dengan memperbaiki susasan persekolahan, mendaulatkan undang-undang atau peraturan islam khasnya yang berkaitan dengan persekolahan, memperbaiki hubungan antara sesama agggota institusi serta hubungan dengan ibubapa pelajar itu sendiri.

Para pelajar hendaklah dilatih supaya mempunyai sikap-sikap mahmudah, merendah diri dan memuliakan orang lain. Mereka hendaklah digalakkan lebih suka member daripada menerima kerana sanubari mereka hendaklah ditanam dengan keinsafan dan kesedaran.

            4.       Berjihad dengan Kaedah Qudwah Hasanah (Ikutan Yang Baik)
Manusia juga di pengaruhi oleh idolanya. Idolanya tersebut seringkali menjadi role model atau ikutan dalam kehidupan mereka. Kebiasaanya yang sering menjadi role model adalah ahli-ahli politik, artis, seniman, atlit, ibubapa, tokoh korporat, guru dan sebagainya.

Walaupun Rasulullah adalah qudwah yang paling ideal bagi umat islam, namun penghayatan dan pengajaran nilai-nilai yang dibawa oleh Rasulullah tidak dipapar atau digambarkan oleh golongan idola berkenaan. Ahli-ahli politik, artis, seniman, atlit, ibubapa, tokoh-tokoh korporat hendaklah sentiasa berusaha dan berjihad untuk menunjukkan contoh dan teladan yang terpuji agar dapat ditiru oleh generasi muda kini.

2 comments: