Monday 8 July 2013

ANALISIS SALURAN AGIHAN / PENGEDARAN




            1.       Apa itu Saluran Agihan / Pengedaran?
Agihan membawa maksub pihak yang terlibat secara langsung atau tidak untuk memastikan produk yang ditawarkan sentiasa tersedia dan mudah didapati oleh pengguna. Secara ringkasnya bolehlah kita katakan bahawa dengan wujudnya saluran agihan ini akan dapat memastikan produk yang diperlukan berada tepat pada masa dan tempat yang diperlukan, juga dalam kuantiti yang diharapkan.

Dalam memasarkan produk dalam pasaran, pengeluar menyerahkan sebahagian tugas jualan kepada orang tengah. Orang tengah atau perantara pemasaran inilah yang banyak membantu dalam menggerakkan produk tersebut. Orang tengah  terdiri daripada pemborong, peruncit, ejen, broker, wakil pengilang dan sebagainya. Diantara elemen-elemen penting yang perlu ada apabila kita membincangkan tentang saluran agihan/pengedaran ialah pemborong/pengedar, peruncit, lokasi ,inventori dan pengangkutan

            2.       Siapa itu Pemborong/Pengedar?
Pemborong adalah orang tengah yang membeli keluaran peniaga lain dalam kuantiti yang besar dan memecahkannya menjadi kuantiti yang kecil bagi dijual kepada peruncit ataupun terus kepada pengguna. Terbahagi kepada tiga (3) jenis iaitu pemborong bebas, Broker dan Agen, Cawangan atau Pejabat Jualan Kilang.

            3.       Siapa itu Peruncit?
Peruncit adalah orang tengah yang membeli keluaran dalam kuantiti yang kecil dan menjual terus kepada pengguna akhir atau dengan kata lain, peruncit ialah orang yang menjual produk kepada pelanggan akhir. Pelanggan akhir pula adalah orang yang membeli bagi kegunaan sendiri dan bukan bertujuan perniagaan.

Diantara jenis-jenis peruncit dengan dengan premis ialah ”Department Store” seperti Jaya Jusco, The Store, Parkson dan sebagainya, Pasar Raya, Kedai Serbaneka yang biasanya dibuka 24 jam, Kedai Khas seperti kedai buku dan sebagainy serta Category Killers seperti Court Mammorth, Habib Jewels dan sebagainya.
Bagi Syarikat Lieos, terdapat beberapa bentuk saluran agihan dan orang tengah yang biasa digunakan dalam menyampaikan keluaran kepada pengguna akhir. Bagi urusan yang melibatkan tempahan, sebarang tempahan akan dibuat terus dengan pihak pengeluar produk. 

Syarikat Lieos  telah mendapat kelulusan bagi membekal serta mengedar produk terus kepada pengguna. Syarikat ini juga telah mendapat ”Authorized Dealer dari Acer, HP, Lenovo, Toshiba, Fujitsu dan Asus bagi memasarkan produk mereka. Oleh itu syarikat tidak mempunyai masalah di dalam mendapatkan barangan atau produk mengikut masa atau jumlah yang ditetapkan. 

Bagi produk keluaran Lieos sendiri yang dikeluarkan oleh kilang di Taiwan, pihak Lieos tidak memerlukan orang tengah bagi melakukan transaksi perniagaan di mana En Azli dan juga Puan Afiza Khalit selaku pemilik syarikat sendiri yang melakukan urusan dengan pihak di Taiwan. Dengan kemahiran berbahasa Mandarin mereka berdua akan melawat sendiri tempat pemprosesan produk syarikat di dalam menjamin pengeluaran produk mengikut masa, kuantiti dan kualiti yang telah ditetapkan. Ini bermakna produk dari kilang akan terus kepada pelanggan akhir tanpa menggunakan broker dan agen, distributor dan sebagainya.
 
            4.       Lokasi Perniagaan
Lokasi perniagaan merupakan salah satu faktor penting di dalam memudahkan pelanggan membeli dan mendapatkan produk jualan syarikat. Di dalam memastikan produk-produk serta perkhidmatan yang disediakan mudah didapati oleh pelanggan Syarikat Lieos tidak bergantung kepada satu tempat jualan sahaja. 

Bermula dari satu pejabat jualan berpusat di Jalan Kampung Dalam,  Kuala Terengganu, kini Syarikat Lieos telah berjaya membuka beberapa buah cawangan jualan iaitu  satu (1) cawangan di Paka, Dungun, satu (1) cawangan di Bandar Kemaman, satu (1) cawangan di Bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu serta dua (2) penambahan cawangan di Daerah Kuala Terengganu. Cawangan-cawangan ini dibuka agar agihan-agihan produk serta perkhidmatan sampai kepada pelanggan dengan mudah dan cepat di mana secara tidak langsung menjimatkan kos pengangkutan bagi pihak pelanggan. Dengan menepatkan cawangan-cawangan tersebut di lokasi-lokasi yang strategik serta berdekatan dengan tempat tumpuan ramai ianya telah berjaya meningkatkan jualan produk syarikat.

Syarikat Lieos juga kini di dalam usaha di dalam memperbanyakkan tempat pengeluaran (tempatan dan luar negara) untuk memastikan pengeluaran dapat dikeluarkan secara maksima dan mudah untuk diagihkan terus kepada pelanggan akhir.

            5       Pengangkutan
Pengangkutan adalah perkara utama yang difikirkan oleh pengeluar bagi memastikan keluaran atau produk diterima pada tempat dan masa yang tepat. Antara faktor utama yang dipertimbangkan dalam menentukan pengangkutan yang sesuai ialah kos, keadaan fizikal produk, jarak dan kepantasan. Perbincangan elemen pengangkutan ini melibatkan jenis pengangkutan dan perubahan dalam operasi pengangkutan itu sendiri.

                        5.1    Jenis Pengangkutan
Jenis pengangkutan utama termasuklah laluan darat, laluan keretapi, laluan udara, laluan air dan saluran paip.  Diantara jenis-jenis pengangkutan yang digunakan oleh syarikat Lieos di dalam mengagihkan produk-produk syarikat adalah melalui jalan darat (kos rendah), pengangkutan udara (penghantaran produk syarikat dari Taiwan ke Malaysia) dan pengangkutan air iaitu kapal laut (Kos murah).

No comments:

Post a Comment