Monday 8 July 2013

ANALISIS PROMOSI




            1.       Apa itu Promosi?

Menurut Lamb et al (2009), ”Promosi merupakan komunikasi yang digunakan oleh penjual untuk menyampai, memujuk dan mengingatkan bakal pelanggan mengenai produk yang ditayangkan dengan tujuan bakal pembeli akan tertarik seterusnya membeli produk tersebut”. Dengan kata lain, promosi adalah aktiviti bagi memaklumkan pengguna berkenaan produk dan memujuk mereka membeli produk yang dikeluarkan.
Promosi terdiri dari Pengiklanan, Jualan Peribadi, Promosi Jualan dan Perhubungan Awam. 

Menurut Lamb et al (2009), ” Terdapat pelbagai jenis strategi promosi yang digunakan seperti pengiklanan, promosi jualan dan jualan secara langsung”. Menurut Jager (2007), ”Pemasaran turut digunakan sebagai cara untuk mengingatkan pengguna dan meningkatkan permintaan sesuatu produk”.

Syarikat Lieos Technology Sdn. Bhd menggunakan kaedah promosi yang berkesan seperti strategi berkomunikasi antara syarikat dan pengguna untuk memudahkan syarikat menyampaikan mesej kepada pengguna dan mengetahui maklumbalas pelanggan. Bagi Syarikat Lieos promosi boleh merangkumi dari segala aspek seperti pengiklanan, promosi jualan dan juga diskaun yang diberikan. Syarikat Lieos juga turut menampal iklan di setiap papan kenyataan pejabat-pejabat kerajaan dan juga swasta, pusat-pusat pengajiaan dan sebagainya. Bagi Syarikat Lieos promosi adalah salah satu aspek yang sangat penting dalam pasaran. Tiadanya promosi, kurangnya promosi atau pemberian maklumat yang salah semasa promosi dijalankan akan menjejaskan jualan yang boleh mengakibatkan kerugian kepada Syarikat.

            2.       Pengiklanan

Pengiklanan didefinisikan sebagai sebarang bentuk persembahan atau komunikasi berbayar, bersifat tidak peribadi, ditujukan kepada kumpulan sasaran dengan tujuan untuk mempromosi, memperkenal dan meningkatkan atau melariskan sesuatu produk atau perkhidmatan. Syarikat sanggup memperuntukkan sebahagian besar daripada belanjawan bagi iklan. Ini bagi memastikan orang ramai atau masyarakat tahu tentang kewujudan produk. Iklan menggunakan pelbagai media seperti televisyen, radio, akhbar, majalah dan iklan luran (outdoor). 

Merujuk kepada Syarikat Lieos, mereka kerap menggunakan kaedah iklan luaran di mana ianya amat sesuai kerana kosnya lebih rendah berbanding iklan liputan Nasional atau pun tempatan. Iklan luaran ini amat sesuai bagi Lieos kerana maklumat dapat disampaikan terus kepada orang ramai yang berpotensi menjadi pelanggan.

Iklan luaran terbahagi kepada beberapa bentuk iaitu Majalah Iklan, Billboard, Iklan Pada Badan Bas, Poster Pada Teksi, Poster Di Restoran Dan Tempat Tumpuan, Banner dan juga Edaran Pamplet Dan Brosur.
Kebiasaanya Syarikat Lieos menggunakan bentuk banner, edaran pamplet serta brosur dan juga kaedah penampalan iklan di papan-papan kenyataan yang sentiasa sesak oleh orang ramai seperti di perhentian bas, stesyen bas, papan kenyataan pejabat kerajaan dan swasta serta Pusat-Pusat  Pengajian Tinggi.

Kaedah ini adalah mudah, murah dan efektif. Semua maklumat mengenai jualan produk boleh dipaparkan pada iklan tersebut. Edaran pamplet dan brosur biasanya amat berkesan kerana sampai ke tangan pelanggan atau bakal pelanggan. Pamplet dan brosur kadangkala di selit di dalam akhbar harian yang diedarkan kepada orang ramai. Ini dapat dilakukan dengan meminta kerjasama pengedar akhbar bagi menyelitkan edaran tersebut di dalam akhbar yang mereka jual dengan memberi sedikit bayaran. 

Bagi Syarikat Lieos strategi pengiklanan yang dapat menarik perhatian orang ramai hendaklah megandungi elemen-elemen seperti tulisan yang jelas dan bahasa yang mudah difahami, paparan produk yang jelas mengikut spesifikasi produk sebenar, mengandungi maklumat yang tepat seperti harga, lokasi dan waktu operasi serta yang tidak kurang pentingnya iaitu cetakan warna grafik yang pasti dapat menarik perhatian orang ramai atau masyarakat.

Kebanyakkan iklan ditampal di papan kenyataan yang sesak dikunjungi orang ramai, diedarkan dari bilik ke bilik bagi iklan yang berbentuk pamplet atau brosur. Syarikat Lieos juga menggunakan laman web rasmi syarikat atau laman  sosial seperti facebook atau weblog yang memudahkan paparan seperti gambar produk ataupun video iklan .

            3.       Jualan Peribadi
Jualan peribadi adalah di mana Syarikat menghantar pegawainya bagi memperkenalkan dan cuba menjual produk mereka kepada wakil pembeli. Merujuk kepada Syarikat Lieos , Puan Afiza Khalit selaku Pengarah Urusan sendiri yang terlibat di dalam urusan jualan peribadi ini. Kebiasaannya pertemuan diadakan secara bersemuka dan kebanyakkan pertemuan dibuat dengan ketua-ketua jabatan syarikat samada syarikat kerajaan mahupun swasta.  

Jualan peribadi seperti ini memerlukan ilmu serta maklumat awal mengenai bakal pelanggan sebelum memulakan sesuatu urusniaga. Setakat ini syarikat Lieos tidak memerlukan kos yang tinggi di dalam menggunakan teknik ini kerana ianya dilakukan oleh Pengarah Urusan yang juga adalah pemilik syarikat itu sendiri.
                        3.1    Keperluan Jualan Peribadi
Cara ini bertujuan untuk mempromosikan produk. Syarikat tidak boleh bergantung kepada pengiklanan semata-mata di dalam mempromosikan produk. Pengiklanan hanya melibatkan komunikasi sehala, tetapi jualan peribadi melibatkan komuni   ksi dua hala yang pasti ianya akan lebih memberi kesan.

Kebiasaanya kaedah ini digunakan oleh Syarikat Lieos di dalam mempromosikan produk-produk perkhidmatan Syarikat seperti membangunkan Portal / Laman Web, Menganjurkan Kursus –Kursus IT, Latihan Komputer & Multimedia, Khidmat Nasihat dan Kontrak Sewa Mesin dan sebagainya. Produk-produk ini memerlukan penerangan jelas dan melibatkan proses-proses rumit sebelum pembeli membuat keputusan membeli atau menggunakan produk yang ditawarkan.

            4.       Promosi Jualan
Promosi jualan membawa maksub segala rangsngan secara langsung yang menawarkan insentif ataupun nilai yang lebih ke atas keluaran melalui desakan jualan, agihan keluaran kepada pengguna akhir dengan objektif untuk mewujudkan jualan segera. 

Dengan kata lain promosi jualan adalah insentif jangka pendek bagi menggalakkan pengguna membeli produk atau perkhidmatan. Ianya bukan strategi yang tetap kerana ianya hanya dibuat dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Tujuan promosi jualan dibuat adalah untuk menarik pencuba baru terutamanya dari kalangan pembeli yang dikenali sebagai mereka yang suka menukar jenama pilihan, sebagai ganjaran kepada pelanggan yang setia dan juga untuk meningkatkan kadar pembelian di kalangan pembeli.

Promosi jualan adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh Syarikat Lioes di dalam usaha memperkenalkan produk baru mereka seperti “Lieos Canon Refill Ink”, “Lieos HP Redfill Ink”, “Lieos Lexmark Refill Ink” iaitu dakwat pengisian semula bagi semua printer yang berjenama Canon, HP dan juga Lexmark. Harganya yang murah dan menjimatkan jika dibandingkan dengan membeli dakwat baru.

Ini semua dapat dilakukan apabila Syarikat Lieos telah mendapat pengiktirafan sebagai M-Premium partner bagi produk berjenama Canon dalam bidang percetakan dan di samping itu juga mereka juga telah dilantik sebagai authorized consumable bagi produk Canon, Lexmark dan juga HP.

Kaedah ini juga selalu dilakukan oleh Syarikat Lieos pada penghujung setiap tahun iaitu bagi hasrat untuk menghabiskan stok akhir bagi produk-produk tertentu. Tidak dinafikan kaedah ini banyak menarik perhatian pelanggan yang memang menunggu untuk membeli produk penghabisan stok. Jualan selalunya dilakukan pada musim akhir tahun. Harga yang ditawarkan juga rendah dan dengan menggunakan istilah-istilah atau propaganda tertentu seperti ”Jualan Runtuh Akhir Tahun”, ”Jualan Harga Runtuh”, ”Year End Sale” atau sebagainya bagi menarik perhatian pelanggan atau bakal pelanggan. Kebanyakkan produk yang terlibat di dalam promosi akhir tahun ini biasanya beg-beg laptop, mouse pad, dakwat pengisian semula dan sebagainya.

Selain daripada itu, Syarikat Lieos juga menggunakan cara dengan mengeluarkan premium di mana ianya adalah hadiah yang diberikan kepada pelanggan yang membeli jenama produk. Syarikat Lieos memberikan hadiah percuma apabila pelanggan membeli produk mereka. Contohnya apabila pelanggan membeli laptop HP, Acer, Asus dan sebagainya, pihak Lieos akan menghadiahkan ”Mouse Pad” ataupun ”Ltec Optical Mouse” bagi pakej yang tidak menyediakan barangan tersebut. Langkah ini amat berkesan dan menarik minat dan perhatian pelanggan dan bakal-bakal pelanggan. 

Syarikat Lieos juga tidak ketinggalan di dalam menyediakan cenderamata pengiklanan bagi pelanggan dan bakal pelanggannya. Ianya di dalam bentuk kalendar meja, dinding dan juga saiz poket yang mempunyai logo syarikat dan diberikan kepada orang ramai. 

            5.       Perhubungan Awam
Perhubungan awam merupakan aktiviti-aktiviti ataupun program-program yang dijalankan oleh syarikat untuk mendapatkan kepercayaan, penerimaan pemahaman daripada orang ramai, serta untuk membina imej sesebuah syarikat.

Syarikat Lieos Technology Sdn.Bhd amat menyedari betapa pentingnya elemen ini kepada syarikat. Walaupun Syarikat Lieos tidak mempunyai jabatan ataupun pegawai khas perhubungan awam namun Pengarah Urusan, iaitu Puan Afiza Khalit  yang juga salah seorang pemilik syarikat berperanan di dalam bertindak menguruskan hal ehwal perhubungan awam. Beliau amat berpengetahuan berkenaan perkara berkaitan dan sentiasa berusaha di dalam menambah ilmu pengetahuan dan di ketika ini beliau sedang berusaha untuk menguasai bahasa Mandarin  untuk kekal berdaya saing. Penguasaan bahasa Mandarin amatlah penting kerana pengeluaran tetikus dan lain-lain produk Lieos dibuat dengan kerjasama syarikat di Taiwan. Keupayaan berkomunikasi dalam bahasa Mandarin penting untuk membolehkan mereka berhubung terus dengan pengilang di Taiwan dan tidak lagi menggunakan khidmat orang tengah.

Diantara tugas-tugas atau fungi-fungsi yang perlu beliau lakukan ialah dengan mengadakan hubungan akhbar atau wakil akhbar, membina dan mengekalkan hubungan nasional dan hubungan dengan komuniti tempatan, melobi iaitu membina dan mengekalkan hubungan dengan pihak kerjaaan Negeri dan Pusat dan sebagainya.
Pihak Lieos juga telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Pendidikan, Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Berhad, Majlis Amanah Rakyat, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, Pusat-Pusat Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dan dan banyak lagi.

                        5.1    Program-Program Yang Dilaksanakan Oleh Syarikat Lieos      
Diantara program-program yang dilakukan oleh Syarikat Lieos adalah seperti mengeluarkan derma kebajikan, memberi sumbangan wang dan peralatan kepada Kelab-Kelab Sukan Jabatan , mengadakan majlis makan malam anjuran syarikat serta membekalkan tenaga sukarelawan untuk menjayakan sukan SUKMA ketika Negeri Terengganu menjadi tuan rumah beberapa tahun yang lalu.

No comments:

Post a Comment