1. Model Ekonomi Baru (MEB)
Model
Ekonomi Baru yang lebih dikenali sebagai MEB telah dibentangkan oleh Perdana
Menteri , Dato’ Sri Najib Tun Razak pada 30 Mac 2010 di Persidangan Invest
Malaysia 2010 di Kuala Lumpur. Ia menjadi tunjang penting kepada Malaysia yang
sedang dibentuk dan akan menjadi struktur yang akan berkhidmat kepada masyarkat
Malaysia pada masa akan datang. Di dalam melaksanakan Model Ekonomi Baru (MEB)
ini, Dato’ Sri Najib telah menubuhkan satu badan bebas yang ditugaskan untuk
mengkaji ekonomi negara secara terperinci iaitu Majlis Penasihat Ekonomi Negara
(NEAC) .
1.1 Prinsip MEB
Tiga
(3) prinsip yang jelas telah ditetapkan yang akan menjadi penunjuk kepada pemikiran
negara dan pembangunan MEB itu sendiri. Tiga prinsip yang ditekankan ialah
mewujudkan negara yang berpendapatan tinggi, bertunjangkan komitmen terhadap
pertumbuhan yang mapan (kemampanan) dan keterangkuman (inclusive).
Pihak
kerajaan berusaha mewujudkan MEB untuk negara antara lainnya berteraskan
produktiviti pekerja yang bermatlamat membantu mereka meningkatkan pendapatan.
Tiga (3) komponen utama MEB yang ada di dalam RMK-10 adalah Modal Insan, Modal Swasta dan Modal
Sosial. Pekerja haruslah mempunyai kemahiran yang pelbagai dan berpengetahuan
yang akhirnya akan melahirkan pekerja berinovatif yang mempunyai inovasi dan
juga kreativiti. Pihak swasta juga memainkan peranan yang penting di dalam
sumbangan ke arah kemajuan dan kemakmuran negara dan ianya tidak boleh
dipertikaikan di mana sumbangan mereka memberi pelbagai faedah kepada kerajaan
dan juga rakyat.
Dato
Sri Najib menyatakan bahawa “ Prinsip MEB yang pertama adalah untuk mewujudkan
negara yang berpendapatan tinggi bermakna upah pekerja yang lebih tinggi bagi
keseluruhan ekonomi disebabkan pertumbuhan bukan sahaja daripada modal, tetapi
juga daripada produktiviti yang tinggi melalui penggunaan kemahiran dan
inovasi, koordinasi yang diperbaiki, penjenaam yang kukuh dan mematuhi piawaian
antarabangsa dan hak harta intelektual.
Ekonomi hendaklah berasaskan pengetahuan, pelaburan dalam teknologi
baru, mempunyai kemahiran yang pelbagai, inovasi dan juga kreativiti”.
Prinsip
bertunjangkan komitmen terhadap penjanaan pertumbuhan yang mapan, bukan sahaja
dipandang dari sudut prestasi ekonomi negara malah akan mengambilkira kesan
pembangunan ekonomi ke atas persekitaran dan sumber asli. Kesannya akan dirasai
oleh generasi yang akan datang sekiranya sumber alam dan nilai masyarakat
semakin terhakis. Pertumbuhan ekonomi yang tinggi dan mapan hendaklah selari
dengan pemuliharaan alam sekitar. Prinsip MEB bukan sahaja mahukan rakyat
memperolehi pendapatan yang lebih tinggi malahan memastikan rakyat dapat
menikmati kehidupan yang lebih sempurna dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Prinsip
melibatkan keterangkuman mengambil kira penggembelingan, potensi keseluruhan
rakyat Malaysia, dan sama-sama menikmati hasil kemakmuran negara. Ia adalah pra
syarat utama didalam memupuk semangat kekitaan dan pemuafakatan. Di dalam MEB
tidak ada satu kaum pun yang akan terpinggir di dalam menyumbang dan mengecapi
hasil kekayaan seiring dengan kemajuan negara. Dari segi realitinya adalah agak
mustahil untuk mencapai kesaksamaan di dalam ekonomi yang global namun ianya
akan mewujudkan masyarakat yang berteraskan penyertaan bersama yang sudah pasti
akan mewujudkan perpaduan dan integrasi sepertimana yang diinginkan oleh pihak kerajaan selama ini.
2. Konsep
1 Malaysia
Konsep
1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Najib Tun
Razak yang berpaksikan prinsip “ Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
Konsep ini adalah bertepatan sekali dengan apa yang diinginkan oleh rakyat
Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
Matlamat konsep 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini mejadi kekuatan negara serta rakyat. Semua rakyat atau kaum di dalam Malaysia perlu mengutamakan kesetiaan dan meletakkan kepentingan negara sebagai pokok paling penting mengatasi kesetiaan kepada kaum dan kelompok mereka sendiri. Tanpa mengira kaum, agama, budaya, adat resam mahupun fahaman politik, semua kaum perlu wajib menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segala kesusahan atau atau kesenangan negara hendaklah dirasai bersama.
Dato’
Sri Najib Tun Razak pernah menjelaskan tentang konsep 1Malaysia, “ Kita
berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan
kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak kesemua kumpulan etnik
dalam negara kita”. Ini bermakna rakyat Malaysia yang datang daripada pelbagai
etnik atau kaum hendaklah berfikir melepasi sempadan kaum mereka masing-masing
dan juga hendaklah melahirkan tindakan yang melepasi kepentingan etnik dan kaum
mereka masing-masing sebagaimana visi gagasan 1Malaysia itu sendiri.
2.1 Visi Gagasan 1Malaysia
Visi
Gagasan 1Malaysia adalah mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu.
Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari,
berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.
2.2 Misi Gagasan 1Malaysia
Berpaksikan
prinsip “ Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”. Ia menekankan tentang kepentingan
rakyat terlebih dahulu di mana ianya akan mewujudkan perasaan percaya rakyat
terhadap kerajaan di dalam mentadbir negara di samping mendengar dan
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Pencapaian juga turut
diutamakan iaitu dengan mencapai sasaran yang diletakkan dan kesannya akan
memberi faedah kepada seluruh rakyat.
2.3 Prinsip Teras 1Malaysia
Konsep
ini disandarkan kepada tiga teras utama di dalam usaha memperkukuhkan perpaduan
nasional iaitu Prinsip Penerimaan, Prinsip Kenegaraan dan Prinsip Keadilan
Nasional.
Prinsip penerimaan membawa maksub walaupun rakyat
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang berbeza, mempunyai cara hidup yang
berbeza, amalan dan kebudayaan yang berbeza, tetapi mereka menerima antara satu
sama lain dan menjado rakan setia.
Prinsip Kenegaraan pula ialah penerapan semangat
nasionalisme dan cintakan negara. Penerapan ini telah dibuat semenjeka dahulu
lagi oleh pemimpin-pemimpin terdahulu. Tunku Abdul Rahman melalui parti perikatan yang dipimpin oleh beliau
bersama Tun Tan Cheng Lok dan juga Tun V.T Sambathan berjuang bagi mendapatkan
kemerdekaan dan kebebasan daripada penjajah British. Di zaman Tun Abdul Razak,
Allahyarham Tun Razak telah mengilhamkan Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru
(DEB) yang matlamat dan tujuannya adalah untuk menyatupadukan rakyat majmuk
yang ada di negara Malaysia ini. Allahyarham Tun Hussein Onn yang digelar “Bapa
Perpaduan” memang terkenal dengan usaha-usaha yang beliau lakukan di dalam
memperkukuhkan ikatan perpaduan antara sesama kaum sehingga beliau digelarkan
demikian. Seterusnya perjuangan tersebut diteruskan oleh Tun Mahathir Mohamad
dan juga Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan membawakan dan memperkenalkan Wawasan
2020 dan konsep Cemerlang, Gemilang dan Terbilang sebagai satu usaha atau
gagasan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum dan
etnik.
Prinsip Keadilan Nasional pula membawa maksub bahawa setiap kaum atau rakyat Malaysia tanpa mengira latarbelakang atau agama akan diberi keadilan yang sebaik mungkin samada dari semua segi samada kebajikan, sosial dan sebagainya. Melalui konsep ini juga setiap wakil rakyat yang dilantik oleh rakyat akan bertindak melepasi sempadan kaum masing-masing dan melebarkan khidmat mereka kepada kesemua kaum yang di bawah tanggungjawab mereka. Namun begitu, dengan berpegang kepada prinsip keadilan sosial, konsep 1Malaysia bukanlah dibuka sebagai satu platform untuk sesetengah pihak membuat tuntutan yang keterlaluan atau sebagainya.
1Malaysia
adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat membina negara
kita Malaysia sebagai negara yang mempunyai sikap kesaksamaan dan kekitaan di
kalangan semua rakyat. Keupayaan membina satu negara bangsa bersandarkan kepada
perkongsian nilai bersama.
3. Bidang
Keberhasilan Utama Nasional (NKRA)
Terbahagi
kepada enam (6) bidang keberhasilan Utama Nasional iaitu Mengurangkan Kadar
Jenayah, Memerangi Rasuah, Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Dan
Berkemampuan, Memperkasa Prasarana Luar Bandar Dan Pendalaman, Meningkatkan
Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah dan
yang terakhir Menambah Baik Pengangkutan Awam
Dalam Jangka Masa Sederhana.
Enam (6) bidang NKRA ini
diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak pada hari isnin ,
27 Julai 2009. NKRA didefinisikan sebagai bidang utama negara di mana ia
mewakili gabungan keutamaan jangka masa pendek untuk menangani tuntutan
terdesak rakyat dan tidak kurang pentingnya isu jangka masa panjang yang
memberi kesan kepada rakyat yang memerlukan perhatian khusus.
NKRA ini diperkenalkan adalah
bertujuan bagi memastikan elemen kebertangungjawaban yang serius wujud di
kalangan anggota pentadbiran dan juga penjawat awam. Perdana Menteri mahu
segala rancangan pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat dimaklum dan diketahui
oleh setiap lapisan rakyat agar mereka dapat memantau dan menilai pencapaian
sasaran seperti yang ditetapkan di mana setiap NKRA akan diletakkan KPI dengan
sasaran secara khusus agar ianya dapat diukur.
3.1 NKRA
1 : Mengurangkan Kadar Jenayah
Kerajaan
memandang serius isu pencegahan jenayah dan meletakkan keutamaan pengurangan
kadar jenayah sebagai salah satu NKRA di bawah Kementerian Dalam Negeri. NKRA
ini dipecahkan kepada tiga (3) bahagian iaitu Jenayah Jalanan, Keselamatan Awam
dan yang ketiga (3) Peningkatan Prestasi Agensi Penguatkuasaan.
Jenayah
jalanan jalanan diberi penekanan kerana didapati ianya mendatangkan kesan yang
buruk, trauma dan ketakutan berpanjangan kepada ahli keluarga dan juga anggota
masyarakat. Penumpuan juga diberikan kepada hal penambahbaikan persepsi rakyat
terhadap keselamatan awam di mana pasukan-pasukan sukarela yang sediada seperti
RELA akan diperkemas kini dan diberi latihan yang cukup serta lebih teratur.
Pasukan sukarela ini juga akan dilibatkan bersama-sama dengan PDRM khususnya di
dalam membenteras jenayah jalanan. Kemudahan-kemudahan juga akan ditambah
disetiap balai-balai polis manakala bagi
menaikkan prestasi agensi penguatkuasaan, proses perundangan akan
dipercepatkan bagi kes-kes tertangguh.
3.2. NKRA 2 : Memerangi Rasuah
Gejala
rasuah harus dibendung sebelum ianya terus membarah. Badan antarabangsa iaitu
Transparency International dalam Corruption Perception Index, meletakkan
Malaysia di tangga ke 47 pada tahun 2008 berbanding pada kedudukan ke 39 pada
tahun 2004. Dengan itu kerajaan telah beriltizam mengemaskini polisi, prosedur
dan penguatkuasaan yang berkaitan. Banyak langkah –langkah yang dibuat oleh
pihak kerajaan termasuklah menaiktaraf badan pencegahan rasuah menjadi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dengan bidang kuasa dan perundangan yang
lebih efektif.
3.3 NKRA 3 : Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan
Berkemampuan
Berkemampuan
Memastikan anak-anak bangsa mendapat akses kepada pendidikan
berkualiti dan berkemampuan. Generasi Muda Malaysia perlu berilmu, berfikiran
kreatif, berinovatif, A mempunyai ciri-ciri nilai murni serta mampu bersaing di
peringkat global.
Kerajaan akan menyediakan pendidikan yang terbaik bermula
daripada peringkat asas sehinggalah ke peringkat yang tertinggi. Sekolah
berprestasi tinggi akan diwujudkan daripada sekolah-sekolah yang akan
dikenalpasti.
3.4 NKRA
4 : Meningkat Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan
Rendah
Rendah
Kerajaan bertekad di dalam usaha membasmi kemiskinan tegar.
Mengikut rekod e-kasih masih terdapat hamper 45,000 ketua isi rumah miskin
tegar di seluruh negara. Dengan itu kerajaan mahu setiap bantuan yang
dijanjikan bukan sahaja sampai ke tangan rakyat tetapi tiba pada masa yang
tepat. Rakyat juga turut dibimbing untuk menjadi usahawan dalam program Sahabat
Amanah Ikhtiar dan sebagainya.
3.5 NKRA
5 : Memperkasa Prasarana Luar Bandar Dan Pendalaman
Pentadbiran
kerajaan akan terus giat memperkasa infra luar bandar dan juga pendalaman
dengan perancangan membina kemudahan jalanraya dan sebagainya. Ini termasuk
pembinaan jalan raya di Sabah dan juga Sarawak di mana hamper 2 juta penduduk
luar bandar Sabah dan Sarawak akan menerima faedahnya.
Kerajaan
juga telah menetapkan bahawa liputan bekalan air dan juga bekalan elektrik kepada Sabah dan Sarawak akan dipertingkatkan
dari masa kesemasa. Kemudahan kediaman yang lebih selesa kepada golongan miskin
akan turut dilaksanakan di mana kerajaan akan membina dan membaikpulih sejumlah
50,000 unit rumah bagi keperluan golongan tersebut sehingga penghujung tahun
2012 di seluruh Malaysia.
3.6 NKRA 6 l : Menambahbaik
Pengangkutan Awam
Malaysia
telah melangkah sebagai sebuah negara maju dan dengan itu kerajaan berhasrat
untuk menyediakan rangkaian sistem pengangkutan awam yang komprehensif bagi
memenuhi keperluan dan kehendak rakyat. Kerajaan sedar bahawa usaha yang serius dan
bersifat jangka panjang diperlukan bagi menjayakan matlamat ini.
Bidang
Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ini membuktikan kerajaan di bawah pimpinan
Dato’ Sri Najib Tun Razak begitu telus dan komited untuk melaksanakan
transformasi perkhidmatan kerajaan yang bermutu tinggi kepada rakyat. Dengan
adanya NKRA rakyat boleh menilai keberkesanan kepimpinan beliau secara adil,
saksama dan sistematik tanpa berdasarkan emosi atau persepsi semata-mata.
NKRA
merupakan manifestasi kerajaan dalam meletakkan amanah dan mandate rakyat di
kedudukan tertinggi dan bermaruah di samping mencapai konsep 1Malaysia di mana,
“Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan”.
Tahniah. Great info. Teruskan.
ReplyDeletethanks infonya :)
ReplyDelete