Monday, 8 July 2013

ANALISIS HARGA




Pada zaman teknologi sekarang ini, harga menjadi suatu faktor yang penting untuk difikirkan apabila sesuatu syarikat ingin memasarkan produk mereka. Ramai yang menganggap jika mereka menjual produk dengan harga yang rendah atau lebih murah daripada pesaing, pelanggan pasti akan memilih untuk membeli produk keluaran mereka. Adakah kenyataan ini benar atau sebaliknya?.

            1.       Apa itu harga?
Menurut Kerin et. Al (2009) ”Harga bermaksub sejumlah wang atau nilai yang boleh diambil kira sebagai pertukaran untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan”.
Secara umumnya, harga adalah adalah jumlah kesema nilai yang pengguna tukarkan bagi mendapatkan faedah memiliki atau menggunakan produk atau perkhidmatan. Dengan kata lain, Nilai adalah wang, jumlah nilai yang diletakkan pada produk dikenali atau dikatakan sebagai harga.  Penetapan harga (pricing) merupakan salah satu elemen campuran pemasaran yang mengeluarkan hasil, sementara kesemua elemen lain merupakan kos. Harga juga adalah salah satu elemen yang paling fleksibel dalam campuran pemasaran, kerana ia mudah untuk diubah atau ditukar mengikut kesesuaian pasaran. 

            2.       Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Penentuan Harga
Sebelum strategi penentuan harga ditetapkan, sesebuah syarikat mestilah menganalisi faktor-faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi keputusan. Faktor dalaman terdiri daripada objektif pemasaran, strategi campuran pemasaran, kos dan pertimbangan organisasi. Manakala faktor luaran pula ialah terdiri daripada keadaan pasaran dan permintaan, persaingan dan lain-lain faktor persekitaran.

Terdapat dua (2) perkara yang usahawan perlu ambil kira semasa meletakkan harga pada produk iaitu harga yang tertinggi yang boleh mereka tentukan dan harga yang sesuai. Kesilapan dalam menentukan harga mungkin akan menyebabkan pengguna tidak berminat membeli produk disebabkan terlalu mahal ataupun berisiko tinggi apabila harga terlalu rendah.

Syarikat Lieos Technology Sdn. Bhd adalah syarikat yang menawarkan produk yang berkualiti dan harga yang berpatutan. Harga kos setiap produk mengikut kemampuan pelanggan. Oleh itu, harga yang ditawarkan merupakan nilai yang harus dibayar oleh pengguna untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan. Syarikat Lieos telah menetapkan beberapa strategi di dalam menetap dan menawarkan harga iaitu dengan menggunakan faktor dalaman dan luaran.

                                    2.1    Faktor Dalaman

                                    i.          Matlamat Syarikat Lieos Technology Sdn.Bhd
 Dengan matlamat pemasaran yang telah ditetapkan oleh Syarikat maka penetapan sesuatu harga hendaklah disesuaikan dengan matlamat yang telah diteapkan di dalam memperolehi keuntungan yang maksimum dan meletakkan Syarikat Lieos setaraf dengan Syarikat besat  IT yang lain.

                                    ii.         Harga Kos
Syarikat Lieos memastikan peletakkan harga sesuatu produk akan meliputi kos pengeluaran, penjualan dan pada masa yang sama menghasilkan pulangan yang setimpal dengan usaha dan risiko yang ditanggung. Syarikat Lieos mengakui bahawa kos sesebuah syarikat merupakan elemen yang sangat penting dalam strategi penentuan harga. Syarikat Lieos sentiasa berusaha di dalam merendahkan kos samada kos tetap atau kos berubah dan ianya dibuat tanpa menjejaskan kualiti sesuatu produk kerana kos yang rendah dapat menetapkan harga yang rendah dan akan menghasilkan jualan  dan keuntungan yang lebih.

                                    2.2    Faktor Luaran

                                    i.          Tinjauan Harga Pasaran
Syarikat Lieos sentiasa membuat tinjaun harga pasaran dengan berasaskan jenis dan kualiti produk serta tarikan terhadap sesuatu produk.

                                    ii.         Tawaran Harga Pesaing Luar
Syarikat mengambil kira kadar harga pasaran dari luar lokasi untuk melihat dan menganalisa kos pengangkutan pengguna yang kebanyakkannya adalah pelajar untuk mendapatkan produk. Ianya dikira oleh Syarikat Lieos sebagai harga kos produk.

                                    iii.        Persaingan
Harga dan tawaran pesaing dapat mempengaruhi keputusan penentuan harga syarikat. Apabila pengguna ingin membeli sesuatu produk, mereka akan mempertimbangkan produk tersebut dengan produk-produk pesaing. Selain itu, Syarikat yang mempunyai strategi harga yang tinggi akan menggalakkan ramai pesaing memasuki pasaran. Syarikat sentiasa berusaha di dalam mengetahui tentang harga dan kualiti yang ditawarkan oleh pesaing. Di dalam meletakkan harga produk ”Ltec Optical Mouse” harga dan kualiti produk pesaing adalah elemen yang amat penting.

                                    iv.        Hubungan Harga Dengan Permintaan
Di dalam keadaan biasa, harga dan permintaan mempunyai hubungan yang songsang. Lebih tinggi harga, lebih rendah permintaan dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu sekiraya Syarikat menaikkan harga pengguna yang mempunyai belanjawan yang terhad akan kurang membeli kerana harga yang tinggi. Tetapi bagi produk yang berprestij, apabila syarikat menaikkan harga, permintaan akan meningkat tetapi sekiranya harga dinaikkan terlalu tinggi, permintaan akan menurun kerana tidak ramai pengguna yang mampu untuk membayar pada harga tersebut.            

3.       KAEDAH PEMBENTUKAN/PENENTUAN HARGA
Kaedah penentuan harga akan menstrukturkan pengiraan harga yang sebenar. Keadaan produk, jumlah jualan atau jumlah produk yang dikeluarkan oleh syarikat akan menentukan bagaimana harga akan dikira.


i.                    Cost-Plus Pricing
Harga ditetapkan dengan menambahkan peratus peningkatan kepada kos barangan (Cost-Plus Markup). Syarikat Lieos menggunakan kaedah ini di dalam meletakkan sesuatu harga terhadap produk keluaran syarikat.
Kaedah ini mudah di dalam menentukan harga jualan. Namun begitu syarikat menghadapi masalah terutamanya di dalam menjangkakan kos barangan/produk terutamanya apabila harga telah ditetapkan, kemudiaan syarikat menghadapi kos di luar jangkaan dan adalah amat sukar bagi syarikat untuk menaikkan harga barangan/produk. Syarikat Lieos kebanyakkannya menggunakan teknik ini di dalam meletakkan harga bagi produk-produk barunya terutama produk yang masih dalam percubaan.

ii.                  Value-Based Pricing
Harga ditetapkan berdasarkan jangkaan wang yang pelanggan sanggup / rela untuk memnbayar. Ini berdasarkan nilai pengertian (perceived value) terhadap produk dan bilangan pilihan di pasaran.
Syarikat Lieos banyak menggunakan strategi mempengaruhi perasaan pelanggan terhadap nilai produk melalui penjenamaan produk, tahap kualiti dan juga unsur campuran pemasaran yang lain. Contohnya produk  ”Ltec Optical Mouse” dan juga ”refill Ink” dengan nama ”Lieos Canon Refill Ink”, Lieos HP Refill Ink, Lieos Lexmark Refill Ink” dan juga ”mouse pad” dengan menamakannya ”Lieos Mouse Pad”. Dengan jenama dan kualiti yang dapat menyakinkan pelanggan, Syarikat berjaya mendapatkan keuntungan yang tinggi hasil penjualan produk-produk ini.

.            4       STRATEGI PENYELARASAN HARGA
Penyelarasan harga dibuat untuk disesuaikan dengan pelbagai jenis pengguna dan perubahan situasi. Sesetengah penyesuaian harga dibuat oleh Syarikat untuk memberi ganjaran kepada sesuatu respon seperti pembayaran awal, pembelian yang banyak dan sebagainya. Syarikat Lieos tidak ketinggalan di dalam menggunakan strategi ini di dalam menarik minat pelanggan-pelanggannya. Syarikat Lieos telah menetapkan beberapa diskaun dan elaun tertentu yang telah berjaya menaikkan prestasi jualannya pada setiap tahun.
Diantara diskaun dan elaun yang ditetapkan oleh Syarikat Lieos adalah seperti :-

                        4.1    Diskaun Tunai
 Syarikat Lieos memberi pengurangan harga kepada pembeli kerana membayar dengan cepat dan tepat pada masanya. Kebiasaannya pelanggan-pelanggan yang terlibat di dalam pembelian ini adalah jabatan-jabatan kerajaan dan juga syarikat-syarikat swasta yang membuat pembelian dengan menggunakan Pesanan Tempatan atau ”Local Order”. Seperti contoh, pelanggan-pelanggan diberi masa selama 30 hari untuk menjelaskan bil tetapi bayaran telah dibuat dalam masa 10 hari, maka 2 peratus diskaun akan diberi kepada pelanggan. Pemberian diskaun ini akan diberikan kepada semua pelanggan-pelanggan yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Syarikat.

                        4.2    Diskaun Kuantiti
Syarikat Lieos juga turut memberi pengurangan harga kepada pelanggan yang membeli produk dalam jumlah yang banyak. Contohnya, RM5 seunit bagi pembelian kurang daripada 100 unit, RM4 seunit bagi 100 produk atau lebih. Diskaun diberikan kepada semua jenis pelanggan dan ini memberi penjimatan kepada pelanggan dan juga sebagai satu insentif untuk membeli lebih banyak lagi.

                        4.3    Elaun Promosi
Selain daripada pemberian diskaun Syarikat Lieos kadangkala ada juga memberi elaun promosi di mana pengurangan dibuat apabila syarikat terlibat di dalam ekspo-ekspo IT, Promosi di Pusat Pengajian Tinggi dan sebagainya.

Secara keseluruhannya harga pemasaran bagi semua produk jualan Syarikat Lieos Technology Sdn.Bhd adalah berpatutan dan menarik jika dibandingkan dengan syarikat-syarikat pesaing yang lain. Syarikat Lieos sentiasa sentiasa memberikan harga yang selaras dan berpatutan daripada syarikat pesaing dengan memberikan penekanan kepada mutu, kualiti dan mesra pelanggan.
Tawaran harga diskaun yang diberi sekaligus menarik minat pelanggan untuk terus berurusniaga dengan Syarikat Lieos dan menjadi pilihan utama mereka.

1 comment:

  1. Best 5 Casinos in Reno | MapyRO
    Casino. 1. 전라남도 출장안마 Harrah's Lake Tahoe. 2. 목포 출장샵 Harrah's. 경기도 출장마사지 3. Harrah's Lake Tahoe. 4. 밀양 출장안마 Casinos 태백 출장마사지 in Reno. 5.

    ReplyDelete