Jihad
adalah salah satu istilah yang amat mulia dan agung dalam islam serta sering
mencetus kontroversi (salah faham dan fitnah) oleh masyarakat umum samada
daripada golongan . anti-islam mahupun daripada golongan islam itu sendiri. Apabila
didengar atau disebut sahaja perkataaan jihad pasti ramai yang yang akan
membayangkannya sebagai perjuangan membela agama, bangsa dan negara dengan
menggunakan kekerasan dan keganasan. Hasil dari itu, islam dilihat oleh
sesetengah pihak sebagai menggalakkan keganasan dan secara tidak langsung ianya
memberi impak yang negatif terhadap kesucian islam itu sendiri kerana dipandang
sinis oleh masyarakat. Malahan sejak akhir-akhir ini islam sering sahaja
dikaitkan dengan keganasan dan permusuhan dan seolah-olah menjadi lumrah pengajaran
islam itu sendiri.
Jihad
adalah satu ibadat yang sangat mulia dan disanjung tinggi. Pada dasarnya konsep
jihad amatlah luas dan membawa pengertian yang pelbagai. Allah dan Junjungan
Besar Kita Nabi Muhammad S.A.W sering mengaitkan kalimah jihad dengan istilah
iman dan hijrah. Ini menunjukkan kekuatan iman seseorang itu terletak pada
kesediaannya untuk berjihad dan berhijrah meninggalkan segala perbuatan yang
dilarang oleh Allah.
Jihad
merupakan satu kewajipan kepada bahu setiap orang islam dan ianya haruslah
berterusan sehinggalah ke hari kiamat. Tanpa jihad orang-orang islam akan
terdedah kepada kekejaman, kehinaan, ditindas dan diperbodohkan. Malahan jihad
dapat membuktikan atau memberi kehidupan yang mulia kepada orang-orang islam di
dalam usaha menegakkan agama Allah dan tanpa jihad, dakwah islam pasti tidak
akan tersebar dengan luas dan berjaya. Firman Allah S.W.T di dalam surah
As-Saff, ayat 10 hingga 11 yang membawa maksub “ Wahai orang-orang yang beriman, mahukah
kamu aku tunjukkan satu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab yang
pedih, iaitu kamu beriman dengan Allah dan RasulNya dan kamu berjihad dijalan
Allah dengan harta benda dan jiwa raga kamu; itulah yang lebih baik kepada kamu
jika kamu mengetahui” (As-Saff:10-11).
Seperti
yang dinyatakan sebelum ini, sebenarnya konsep jihad adalah luas dan telah membawa banyak pengertian dan
di antaranya adalah seperti jihad melawan hawa nafsu, menuntut ilmu, jihad
hati, jihad harta benda, jihad mempertahankan maruah diri dan sebagainya. Ianya
dapat dilakukan dengan pelbagai cara dan contohnya seperti pengorbanan dan
perjuangan seorang pelajar di dalam menuntut ilmu pengetahuan dan mengamalkan
ilmu tersebut kepada perkara yang baik dan mencegah dari melakukan perkara
mungkar. Dengan itu konsep jihad hendaklah dan perlu difahami dengan lebih
mendalam agar masyarakat tidak terpengaruh dengan dakyah-dakyah atau
anasir-anasir yang mencari dan mengambil kesempatan di dalam usaha memburukkan islam melalui
konsep jihad ini.
Justru
itu kertas kerja ini akan membincangkan
tentang pengertian jihad yang sebenarnya serta meliputi ciri-ciri
pelaksanaan jihad itu sendiri. Kertas kerja ini juga akan membincangkan dan
mengenalpasti bentuk-bentuk jihad di dalam islam dan bagaimana untuk
mengaplikasikan jihad dalam masyarakat mengikut keadaan dan situasi yang ada
pada masa kini. Akhirnya adalah
diharapkan agar hasil kertas kerja ini akan meletakkan jihad di tempat yang
sebenarnya, difahami dengan sebenarnya oleh semua masyarakat dan memandang
kalimah jihad sebagai satu kalimah yang istimewa dan bukannya kalimah keganasan
atau peperangan.
No comments:
Post a Comment