1. TIGA (3) KEPENTINGAN JIHAD
1.1 Menyebarkan Agama Allah
(Dakwah)
Melalui
jihad kita menyebarkan dakwah islam agar tersebar ke seluruh alam maya ini.
Islam sebagai agama dakwah mengharuskan untuk melaksanakan dakwah agama kepada
orang lain. Melaksanakan dakwah adalah sebahagian daripada pelaksanaan jihad
itu sendiri iaitu berjihad dengan menyeru umat manusia kepada mengerjakan
kebaikan, amal soleh (amar ma’ruf) dan meninggalkan kejahatan, maksiat (nahi
mungkar). Firman Allah S.W.T dalam surah Ali-Imran ayat 104 yang bermaksub : “ Dan
hendaklah ada diantara kami satu golongan yang menyeru ke jalan kebaikan dan
menyuruh yang makruf (kebajikan), serta menegah yang mungkar (kejahatan) dan
mereka itu adalah orang-orang yang berjaya”.
Memang
tidak dapat dinafikan tugas menyebarkan dakwah adalah amat berat terutamanya di
dalam arus globalisasi dunia hari ini. Pelbagai cabaran terpaksa dilalui dan
ditangani oleh umat islam khususnya pendakwah islam itu sendiri. Maka semangat
jihad yang ada telah memberikan semangat dan kekuatan kepada umat islam di
dalam menyebarkan agama Allah yang suci ini. Apabila sesuatu pelaksaan jihad
yang dilakukan itu disandarkan kepada Allah dan RasulNya semata-mata maka sudah
pasti setiap seruan dakwah kepada agama Allah dibuat dengan penuh hikmah,
kebijaksanaan dan dengan pengajaran yang baik agar ianya tidak memberi gambaran
yang tidak baik dan disalah ertikan oleh masyarakat bukan islam mahupun
masyarakat islam itu sendiri. Sebagaimana firman Allah S.W.T di dalam surah
al-Nahl ayat 125 yang bermaksub : “ Serulah ke jalan tuhanmu (wahai Muhammad)
dengan hikmah, kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah
dengan mereka dengan cara yang lebih baik”.
1.2. Penyerahan Diri Kepada
Allah
Menyandarkan
jihad sebagai penyerahan diri kepada Allah S.W.T dengan bertauhid, mentaati,
tunduk dan patuh kepada perintahNya. MentaatiNya dengan menjalankan
perintah-perintahnya dan menjauhi segala larangannya di mana ketaatan itu wujud
dalam melaksanakan perintah dan meninggalkan larangan. Firman Allah S.W.T
melalui surah Ali-Imran ayat 83 yang bermaksub : “…padahal kepadaNya menyerah
diri, segala apa yang dilangit dan dibumi, baik dengan suka mahupun terpaksa
dan hanya kepada Allah mereka dikembalikan”.
1.3 Membela Agama Allah
Melalui
jihad juga kita dapat mempertahankan islam merangkumi juga membenteras sebarang
pergerakan, usaha dan rancangan untuk memutarbelitkan ajaran islam yang sebenar
melalui pelbagai aspek, atau menghancurkan akidah orang-orang islam samada
secara terang-terangan mahupun berselindung. Firman Allah S.W.T di dalam surah
Muhammad, ayat 7 yang bermaksub : “ Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu
membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu dan meneguhkan tapak
pendirian kamu”.
Ummat
islam mestilah peka dan menyedari akan propaganda yang ditimbulkan oleh musuh
yang menggunakan pelbagai taktik di dalam usaha untuk menghancurkan aqidah
orang-orang islam samada melalui penulisan atau kajian tentang islam itu
sendiri, melalui serangan pemikiran, ekonomi mahupun budaya hidup. Dengan
adanya jihad dihati setiap orang-orang islam maka perjuangan di dalam
mengembalikan integriti islam sebagai agama yang sebenar dan mentauhidkan Allah
akan sentiasa hidup dan dilaksanakan. Jihad boleh dilakukan melalui kata-kata,
ilmu, penulisan dan ekonomi adalah amat
sesuai apabila dilihat kepada keadaan dan situasi yang pada alaf kini.
2. TIGA (3) KELEBIHAN JIHAD
2.1 Perniagaan Yang Menguntungkan
Merujuk
kepada Firman Allah S.W.T melalui surah al-Saff yang bermaksub : “
Wahai orang orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan suatu perniagaan
yang menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?
Iaitu
kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan
menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah
yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang
sebenarnya).
(Dengan
itu Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu,
dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya
beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik
dalam syurga “Adn”. Itulah kemenangan yang besar.
Dan
ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan
yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu
kepada orang-orang yang beriman (al-Saff 61: 10-13)
Ayat
di atas Allah S.W.T telah mengumpamakan jihad sebagai satu “perniagaan” kerana
adalah satu kelaziman manusia untuk mencari satu perniagaan yang dapat
menguntungkan mereka dan memelihara mereka daripada kesusahan. Maka dengan itu
Allah S.W.T menerangkan bahawa tiada perniagaan yang lebih menguntung dan
menyelamatkan di dunia dan di akhirat melainkan amalan jihad di jalan Allah.
2.2 Diampunkan Dosa-Dosa, Diberi
Ganjaran Pahala & Syurga
Merujuk
kepada Firman Allah S.W.T dalam surah al-Saff, ayat 10-13 seperti dinyatakan
sebelum ini, Allah telah menjanjikan ganjaran yang amat besar kepada
orang-orang yang berjihad (mujahid). Dosa-dosa mujahid akan diampunkan
,dijanjikan pahala dan syurga oleh Allah
S.W.T .
2.3 Mendapat Pertolongan dan Bantuan Allah S.W.T
Mereka
yang berjihad kepada jalan Allah telah dijanjikan pertolongan olehNya. Merujuk
kepada Firman Allah S.W.T di dalam surah al Saff ayat 13 seperti yang
dinyatakan sebelum ini. Allah menjanjikan pertolongan dan kemenangan yang tidak
disangka-sangka kepada mereka yang berjihad. Firman Allah S.W.T di dalam surah
Al-Ankabut ayat 69 yang bermaksub : “ Dan orang-orang yang bersungguh kerana
memenuhi kehendak agama kami. Sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan
kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah beserta
orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya”. Ayat ini menerangkan bahawa
mereka yang berjihad kepada jalan Allah akan dipimpin oleh Allah ke jalan yang
benar (kejayaan), mendapat rahmat serta pertolongan dan bantuan Allah akan sentiasa
disamping mereka yang berjihad.
boleh saya tau anda dapat rujukan dari mana?
ReplyDeleteMn kamu thu semua ini
ReplyDelete