Sekian..salam ramadhan daripada saya
Tuesday, 9 July 2013
Selamat Menyambut Ramadhan
Assalamualaikum... Salam Ramadhan pada semua sahabat bloggers!!! Semoga puasa kita & semua amal ibadat yg dilakukan diterima oleh Allah s.w.t. Cuba elakkan pembaziran ketika berbuka & tidak melupakan saudara2 seagama terutama di Gaza, Syria & Mesir...sama2 kita doakan keselamatan & kejayaan untuk mereka..InsyaAllah..
Monday, 8 July 2013
ANALISIS SALURAN AGIHAN / PENGEDARAN
1. Apa
itu Saluran Agihan / Pengedaran?
Agihan membawa maksub pihak yang terlibat secara langsung
atau tidak untuk memastikan produk yang ditawarkan sentiasa tersedia dan mudah
didapati oleh pengguna. Secara ringkasnya bolehlah kita katakan bahawa dengan
wujudnya saluran agihan ini akan dapat memastikan produk yang diperlukan berada
tepat pada masa dan tempat yang diperlukan, juga dalam kuantiti yang
diharapkan.
Dalam memasarkan produk dalam pasaran, pengeluar
menyerahkan sebahagian tugas jualan kepada orang tengah. Orang tengah atau
perantara pemasaran inilah yang banyak membantu dalam menggerakkan produk
tersebut. Orang tengah terdiri daripada
pemborong, peruncit, ejen, broker, wakil pengilang dan sebagainya. Diantara
elemen-elemen penting yang perlu ada apabila kita membincangkan tentang saluran
agihan/pengedaran ialah pemborong/pengedar, peruncit, lokasi ,inventori dan
pengangkutan
2. Siapa
itu Pemborong/Pengedar?
Pemborong adalah orang tengah yang membeli keluaran
peniaga lain dalam kuantiti yang besar dan memecahkannya menjadi kuantiti yang
kecil bagi dijual kepada peruncit ataupun terus kepada pengguna. Terbahagi
kepada tiga (3) jenis iaitu pemborong bebas, Broker dan Agen, Cawangan atau
Pejabat Jualan Kilang.
3. Siapa
itu Peruncit?
Peruncit adalah orang tengah yang membeli keluaran dalam
kuantiti yang kecil dan menjual terus kepada pengguna akhir atau dengan kata
lain, peruncit ialah orang yang menjual produk kepada pelanggan akhir.
Pelanggan akhir pula adalah orang yang membeli bagi kegunaan sendiri dan bukan
bertujuan perniagaan.
Diantara jenis-jenis peruncit dengan dengan premis ialah
”Department Store” seperti Jaya Jusco, The Store, Parkson dan sebagainya, Pasar
Raya, Kedai Serbaneka yang biasanya dibuka 24 jam, Kedai Khas seperti kedai
buku dan sebagainy serta Category Killers seperti Court Mammorth, Habib Jewels
dan sebagainya.
Bagi Syarikat Lieos, terdapat beberapa bentuk saluran
agihan dan orang tengah yang biasa digunakan dalam menyampaikan keluaran kepada
pengguna akhir. Bagi urusan yang melibatkan tempahan, sebarang tempahan akan
dibuat terus dengan pihak pengeluar produk.
Syarikat Lieos telah mendapat kelulusan bagi membekal serta
mengedar produk terus kepada pengguna. Syarikat ini juga telah mendapat
”Authorized Dealer dari Acer, HP, Lenovo, Toshiba, Fujitsu dan Asus bagi
memasarkan produk mereka. Oleh itu syarikat tidak mempunyai masalah di dalam
mendapatkan barangan atau produk mengikut masa atau jumlah yang ditetapkan.
Bagi produk keluaran Lieos sendiri yang dikeluarkan oleh
kilang di Taiwan, pihak Lieos tidak memerlukan orang tengah bagi melakukan
transaksi perniagaan di mana En Azli dan juga Puan Afiza Khalit selaku pemilik
syarikat sendiri yang melakukan urusan dengan pihak di Taiwan. Dengan kemahiran
berbahasa Mandarin mereka berdua akan melawat sendiri tempat pemprosesan produk
syarikat di dalam menjamin pengeluaran produk mengikut masa, kuantiti dan
kualiti yang telah ditetapkan. Ini bermakna produk dari kilang akan terus
kepada pelanggan akhir tanpa menggunakan broker dan agen, distributor dan
sebagainya.
4. Lokasi
Perniagaan
Lokasi perniagaan merupakan salah satu faktor penting di
dalam memudahkan pelanggan membeli dan mendapatkan produk jualan syarikat. Di
dalam memastikan produk-produk serta perkhidmatan yang disediakan mudah
didapati oleh pelanggan Syarikat Lieos tidak bergantung kepada satu tempat
jualan sahaja.
Bermula dari satu pejabat jualan berpusat di Jalan
Kampung Dalam, Kuala Terengganu, kini
Syarikat Lieos telah berjaya membuka beberapa buah cawangan jualan iaitu satu (1) cawangan di Paka, Dungun, satu (1)
cawangan di Bandar Kemaman, satu (1) cawangan di Bandar Kuala Berang, Hulu
Terengganu serta dua (2) penambahan cawangan di Daerah Kuala Terengganu.
Cawangan-cawangan ini dibuka agar agihan-agihan produk serta perkhidmatan
sampai kepada pelanggan dengan mudah dan cepat di mana secara tidak langsung
menjimatkan kos pengangkutan bagi pihak pelanggan. Dengan menepatkan
cawangan-cawangan tersebut di lokasi-lokasi yang strategik serta berdekatan
dengan tempat tumpuan ramai ianya telah berjaya meningkatkan jualan produk
syarikat.
Syarikat Lieos juga kini di dalam usaha di dalam
memperbanyakkan tempat pengeluaran (tempatan dan luar negara) untuk memastikan
pengeluaran dapat dikeluarkan secara maksima dan mudah untuk diagihkan terus
kepada pelanggan akhir.
5 Pengangkutan
Pengangkutan adalah perkara utama yang difikirkan oleh
pengeluar bagi memastikan keluaran atau produk diterima pada tempat dan masa
yang tepat. Antara faktor utama yang dipertimbangkan dalam menentukan
pengangkutan yang sesuai ialah kos, keadaan fizikal produk, jarak dan
kepantasan. Perbincangan elemen pengangkutan ini melibatkan jenis pengangkutan
dan perubahan dalam operasi pengangkutan itu sendiri.
5.1 Jenis Pengangkutan
Jenis pengangkutan utama termasuklah laluan darat, laluan
keretapi, laluan udara, laluan air dan saluran paip. Diantara jenis-jenis pengangkutan yang
digunakan oleh syarikat Lieos di dalam mengagihkan produk-produk syarikat
adalah melalui jalan darat (kos rendah), pengangkutan udara (penghantaran
produk syarikat dari Taiwan ke Malaysia) dan pengangkutan air iaitu kapal laut
(Kos murah).
ANALISIS PROMOSI
1. Apa
itu Promosi?
Menurut Lamb et al (2009), ”Promosi merupakan komunikasi
yang digunakan oleh penjual untuk menyampai, memujuk dan mengingatkan bakal
pelanggan mengenai produk yang ditayangkan dengan tujuan bakal pembeli akan
tertarik seterusnya membeli produk tersebut”. Dengan kata lain, promosi adalah
aktiviti bagi memaklumkan pengguna berkenaan produk dan memujuk mereka membeli
produk yang dikeluarkan.
Promosi terdiri dari Pengiklanan, Jualan Peribadi,
Promosi Jualan dan Perhubungan Awam.
Menurut Lamb et al (2009), ” Terdapat
pelbagai jenis strategi promosi yang digunakan seperti pengiklanan, promosi
jualan dan jualan secara langsung”. Menurut Jager (2007), ”Pemasaran turut
digunakan sebagai cara untuk mengingatkan pengguna dan meningkatkan permintaan
sesuatu produk”.
Syarikat Lieos Technology Sdn. Bhd menggunakan kaedah
promosi yang berkesan seperti strategi berkomunikasi antara syarikat dan
pengguna untuk memudahkan syarikat menyampaikan mesej kepada pengguna dan
mengetahui maklumbalas pelanggan. Bagi Syarikat Lieos promosi boleh merangkumi
dari segala aspek seperti pengiklanan, promosi jualan dan juga diskaun yang
diberikan. Syarikat Lieos juga turut menampal iklan di setiap papan kenyataan
pejabat-pejabat kerajaan dan juga swasta, pusat-pusat pengajiaan dan
sebagainya. Bagi Syarikat Lieos promosi adalah salah satu aspek yang sangat
penting dalam pasaran. Tiadanya promosi, kurangnya promosi atau pemberian
maklumat yang salah semasa promosi dijalankan akan menjejaskan jualan yang
boleh mengakibatkan kerugian kepada Syarikat.
2. Pengiklanan
Pengiklanan didefinisikan sebagai sebarang bentuk
persembahan atau komunikasi berbayar, bersifat tidak peribadi, ditujukan kepada
kumpulan sasaran dengan tujuan untuk mempromosi, memperkenal dan meningkatkan
atau melariskan sesuatu produk atau perkhidmatan. Syarikat sanggup
memperuntukkan sebahagian besar daripada belanjawan bagi iklan. Ini bagi
memastikan orang ramai atau masyarakat tahu tentang kewujudan produk. Iklan
menggunakan pelbagai media seperti televisyen, radio, akhbar, majalah dan iklan
luran (outdoor).
Merujuk kepada Syarikat Lieos, mereka kerap menggunakan
kaedah iklan luaran di mana ianya amat sesuai kerana kosnya lebih rendah
berbanding iklan liputan Nasional atau pun tempatan. Iklan luaran ini amat sesuai
bagi Lieos kerana maklumat dapat disampaikan terus kepada orang ramai yang
berpotensi menjadi pelanggan.
Iklan luaran terbahagi kepada beberapa bentuk iaitu
Majalah Iklan, Billboard, Iklan Pada Badan Bas, Poster Pada Teksi, Poster Di
Restoran Dan Tempat Tumpuan, Banner dan juga Edaran Pamplet Dan Brosur.
Kebiasaanya Syarikat Lieos menggunakan bentuk banner,
edaran pamplet serta brosur dan juga kaedah penampalan iklan di papan-papan
kenyataan yang sentiasa sesak oleh orang ramai seperti di perhentian bas,
stesyen bas, papan kenyataan pejabat kerajaan dan swasta serta Pusat-Pusat Pengajian Tinggi.
Kaedah ini adalah mudah, murah dan efektif. Semua
maklumat mengenai jualan produk boleh dipaparkan pada iklan tersebut. Edaran
pamplet dan brosur biasanya amat berkesan kerana sampai ke tangan pelanggan
atau bakal pelanggan. Pamplet dan brosur kadangkala di selit di dalam akhbar
harian yang diedarkan kepada orang ramai. Ini dapat dilakukan dengan meminta
kerjasama pengedar akhbar bagi menyelitkan edaran tersebut di dalam akhbar yang
mereka jual dengan memberi sedikit bayaran.
Bagi Syarikat Lieos strategi pengiklanan yang dapat
menarik perhatian orang ramai hendaklah megandungi elemen-elemen seperti
tulisan yang jelas dan bahasa yang mudah difahami, paparan produk yang jelas
mengikut spesifikasi produk sebenar, mengandungi maklumat yang tepat seperti
harga, lokasi dan waktu operasi serta yang tidak kurang pentingnya iaitu
cetakan warna grafik yang pasti dapat menarik perhatian orang ramai atau
masyarakat.
Kebanyakkan iklan ditampal di papan kenyataan yang sesak
dikunjungi orang ramai, diedarkan dari bilik ke bilik bagi iklan yang berbentuk
pamplet atau brosur. Syarikat Lieos juga menggunakan laman web rasmi syarikat
atau laman sosial seperti facebook atau
weblog yang memudahkan paparan seperti gambar produk ataupun video iklan .
3. Jualan
Peribadi
Jualan peribadi adalah di mana Syarikat menghantar
pegawainya bagi memperkenalkan dan cuba menjual produk mereka kepada wakil
pembeli. Merujuk kepada Syarikat Lieos , Puan Afiza Khalit selaku Pengarah
Urusan sendiri yang terlibat di dalam urusan jualan peribadi ini. Kebiasaannya
pertemuan diadakan secara bersemuka dan kebanyakkan pertemuan dibuat dengan
ketua-ketua jabatan syarikat samada syarikat kerajaan mahupun swasta.
Jualan peribadi seperti ini memerlukan ilmu serta
maklumat awal mengenai bakal pelanggan sebelum memulakan sesuatu urusniaga.
Setakat ini syarikat Lieos tidak memerlukan kos yang tinggi di dalam
menggunakan teknik ini kerana ianya dilakukan oleh Pengarah Urusan yang juga
adalah pemilik syarikat itu sendiri.
3.1 Keperluan Jualan Peribadi
Cara
ini bertujuan untuk mempromosikan produk. Syarikat tidak boleh bergantung
kepada pengiklanan semata-mata di dalam mempromosikan produk. Pengiklanan hanya
melibatkan komunikasi sehala, tetapi jualan peribadi melibatkan komuni ksi dua hala yang pasti ianya akan lebih
memberi kesan.
Kebiasaanya
kaedah ini digunakan oleh Syarikat Lieos di dalam mempromosikan produk-produk
perkhidmatan Syarikat seperti membangunkan Portal / Laman Web,
Menganjurkan Kursus –Kursus IT, Latihan Komputer & Multimedia, Khidmat
Nasihat dan Kontrak Sewa Mesin dan sebagainya. Produk-produk ini memerlukan
penerangan jelas dan melibatkan proses-proses rumit sebelum pembeli membuat keputusan
membeli atau menggunakan produk yang ditawarkan.
4. Promosi
Jualan
Promosi jualan membawa maksub
segala rangsngan secara langsung yang menawarkan insentif ataupun nilai yang
lebih ke atas keluaran melalui desakan jualan, agihan keluaran kepada pengguna
akhir dengan objektif untuk mewujudkan jualan segera.
Dengan kata lain promosi jualan
adalah insentif jangka pendek bagi menggalakkan pengguna membeli produk atau
perkhidmatan. Ianya bukan strategi yang tetap kerana ianya hanya dibuat dalam
tempoh masa yang ditetapkan.
Tujuan promosi jualan dibuat adalah
untuk menarik pencuba baru terutamanya dari kalangan pembeli yang dikenali
sebagai mereka yang suka menukar jenama pilihan, sebagai ganjaran kepada
pelanggan yang setia dan juga untuk meningkatkan kadar pembelian di kalangan
pembeli.
Promosi jualan adalah salah satu
kaedah yang digunakan oleh Syarikat Lioes di dalam usaha memperkenalkan produk
baru mereka seperti “Lieos Canon Refill Ink”, “Lieos HP Redfill Ink”, “Lieos
Lexmark Refill Ink” iaitu dakwat pengisian semula bagi semua printer yang
berjenama Canon, HP dan juga Lexmark. Harganya yang murah dan menjimatkan jika
dibandingkan dengan membeli dakwat baru.
Ini semua dapat dilakukan apabila
Syarikat Lieos telah mendapat pengiktirafan sebagai M-Premium partner bagi
produk berjenama Canon dalam bidang percetakan dan di samping itu juga mereka
juga telah dilantik sebagai authorized consumable bagi produk Canon, Lexmark
dan juga HP.
Kaedah ini juga selalu dilakukan oleh Syarikat Lieos pada
penghujung setiap tahun iaitu bagi hasrat untuk menghabiskan stok akhir bagi
produk-produk tertentu. Tidak dinafikan kaedah ini banyak menarik perhatian
pelanggan yang memang menunggu untuk membeli produk penghabisan stok. Jualan
selalunya dilakukan pada musim akhir tahun. Harga yang ditawarkan juga rendah
dan dengan menggunakan istilah-istilah atau propaganda tertentu seperti ”Jualan
Runtuh Akhir Tahun”, ”Jualan Harga Runtuh”, ”Year End Sale” atau sebagainya
bagi menarik perhatian pelanggan atau bakal pelanggan. Kebanyakkan produk yang
terlibat di dalam promosi akhir tahun ini biasanya beg-beg laptop, mouse pad,
dakwat pengisian semula dan sebagainya.
Selain daripada itu, Syarikat Lieos juga menggunakan cara
dengan mengeluarkan premium di mana ianya adalah hadiah yang diberikan kepada
pelanggan yang membeli jenama produk. Syarikat Lieos memberikan hadiah percuma
apabila pelanggan membeli produk mereka. Contohnya apabila pelanggan membeli
laptop HP, Acer, Asus dan sebagainya, pihak Lieos akan menghadiahkan ”Mouse
Pad” ataupun ”Ltec Optical Mouse” bagi pakej yang tidak menyediakan barangan
tersebut. Langkah ini amat berkesan dan menarik minat dan perhatian pelanggan
dan bakal-bakal pelanggan.
Syarikat Lieos juga tidak ketinggalan di dalam
menyediakan cenderamata pengiklanan bagi pelanggan dan bakal pelanggannya.
Ianya di dalam bentuk kalendar meja, dinding dan juga saiz poket yang mempunyai
logo syarikat dan diberikan kepada orang ramai.
5. Perhubungan
Awam
Perhubungan awam merupakan aktiviti-aktiviti ataupun
program-program yang dijalankan oleh syarikat untuk mendapatkan kepercayaan,
penerimaan pemahaman daripada orang ramai, serta untuk membina imej sesebuah
syarikat.
Syarikat Lieos Technology Sdn.Bhd amat menyedari betapa
pentingnya elemen ini kepada syarikat. Walaupun Syarikat Lieos tidak mempunyai
jabatan ataupun pegawai khas perhubungan awam namun Pengarah Urusan, iaitu Puan
Afiza Khalit yang juga salah seorang
pemilik syarikat berperanan di dalam bertindak menguruskan hal ehwal
perhubungan awam. Beliau amat berpengetahuan berkenaan perkara berkaitan dan
sentiasa berusaha di dalam menambah ilmu pengetahuan dan di ketika ini beliau
sedang berusaha untuk menguasai bahasa Mandarin untuk kekal berdaya saing. Penguasaan bahasa
Mandarin amatlah penting kerana pengeluaran tetikus dan lain-lain produk Lieos
dibuat dengan kerjasama syarikat di Taiwan. Keupayaan berkomunikasi dalam
bahasa Mandarin penting untuk membolehkan mereka berhubung terus dengan
pengilang di Taiwan dan tidak lagi menggunakan khidmat orang tengah.
Diantara tugas-tugas atau fungi-fungsi yang perlu beliau
lakukan ialah dengan mengadakan hubungan akhbar atau wakil akhbar, membina dan
mengekalkan hubungan nasional dan hubungan dengan komuniti tempatan, melobi
iaitu membina dan mengekalkan hubungan dengan pihak kerjaaan Negeri dan Pusat
dan sebagainya.
Pihak Lieos juga telah berdaftar dengan Kementerian
Kewangan Malaysia, Kementerian Pendidikan, Telekom Malaysia Berhad, Tenaga
Nasional Berhad, Majlis Amanah Rakyat, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu,
Pusat-Pusat Pengajian Tinggi Awam dan Swasta dan dan banyak lagi.
5.1 Program-Program Yang Dilaksanakan Oleh
Syarikat Lieos
Diantara program-program yang dilakukan oleh Syarikat
Lieos adalah seperti mengeluarkan derma kebajikan, memberi sumbangan wang dan peralatan
kepada Kelab-Kelab Sukan Jabatan , mengadakan majlis makan malam anjuran
syarikat serta membekalkan tenaga sukarelawan untuk menjayakan sukan SUKMA
ketika Negeri Terengganu menjadi tuan rumah beberapa tahun yang lalu.
ANALISIS HARGA
Pada zaman teknologi sekarang ini, harga menjadi suatu
faktor yang penting untuk difikirkan apabila sesuatu syarikat ingin memasarkan
produk mereka. Ramai yang menganggap jika mereka menjual produk dengan harga
yang rendah atau lebih murah daripada pesaing, pelanggan pasti akan memilih
untuk membeli produk keluaran mereka. Adakah kenyataan ini benar atau sebaliknya?.
1. Apa
itu harga?
Menurut Kerin et. Al (2009) ”Harga bermaksub sejumlah
wang atau nilai yang boleh diambil kira sebagai pertukaran untuk mendapatkan
produk atau perkhidmatan”.
Secara umumnya, harga adalah adalah jumlah kesema nilai
yang pengguna tukarkan bagi mendapatkan faedah memiliki atau menggunakan produk
atau perkhidmatan. Dengan kata lain, Nilai adalah wang, jumlah nilai yang
diletakkan pada produk dikenali atau dikatakan sebagai harga. Penetapan harga (pricing) merupakan salah
satu elemen campuran pemasaran yang mengeluarkan hasil, sementara kesemua
elemen lain merupakan kos. Harga juga adalah salah satu elemen yang paling
fleksibel dalam campuran pemasaran, kerana ia mudah untuk diubah atau ditukar
mengikut kesesuaian pasaran.
2. Faktor-Faktor
Yang Mempengaruhi Penentuan Harga
Sebelum strategi penentuan harga ditetapkan, sesebuah
syarikat mestilah menganalisi faktor-faktor dalaman dan luaran yang
mempengaruhi keputusan. Faktor dalaman terdiri daripada objektif pemasaran,
strategi campuran pemasaran, kos dan pertimbangan organisasi. Manakala faktor
luaran pula ialah terdiri daripada keadaan pasaran dan permintaan, persaingan
dan lain-lain faktor persekitaran.
Terdapat dua (2) perkara yang usahawan perlu ambil kira
semasa meletakkan harga pada produk iaitu harga yang tertinggi yang boleh
mereka tentukan dan harga yang sesuai. Kesilapan dalam menentukan harga mungkin
akan menyebabkan pengguna tidak berminat membeli produk disebabkan terlalu
mahal ataupun berisiko tinggi apabila harga terlalu rendah.
Syarikat Lieos Technology Sdn. Bhd adalah syarikat yang
menawarkan produk yang berkualiti dan harga yang berpatutan. Harga kos setiap
produk mengikut kemampuan pelanggan. Oleh itu, harga yang ditawarkan merupakan
nilai yang harus dibayar oleh pengguna untuk mendapatkan produk atau
perkhidmatan. Syarikat Lieos telah menetapkan beberapa strategi di dalam
menetap dan menawarkan harga iaitu dengan menggunakan faktor dalaman dan luaran.
2.1 Faktor Dalaman
i. Matlamat Syarikat Lieos Technology
Sdn.Bhd
Dengan matlamat pemasaran
yang telah ditetapkan oleh Syarikat maka penetapan sesuatu harga hendaklah
disesuaikan dengan matlamat yang telah diteapkan di dalam memperolehi
keuntungan yang maksimum dan meletakkan Syarikat Lieos setaraf dengan Syarikat
besat IT yang lain.
ii. Harga Kos
Syarikat Lieos memastikan peletakkan harga sesuatu produk
akan meliputi kos pengeluaran, penjualan dan pada masa yang sama menghasilkan
pulangan yang setimpal dengan usaha dan risiko yang ditanggung. Syarikat Lieos
mengakui bahawa kos sesebuah syarikat merupakan elemen yang sangat penting
dalam strategi penentuan harga. Syarikat Lieos sentiasa berusaha di dalam
merendahkan kos samada kos tetap atau kos berubah dan ianya dibuat tanpa
menjejaskan kualiti sesuatu produk kerana kos yang rendah dapat menetapkan
harga yang rendah dan akan menghasilkan jualan
dan keuntungan yang lebih.
2.2 Faktor Luaran
i. Tinjauan Harga Pasaran
Syarikat Lieos sentiasa membuat tinjaun harga pasaran
dengan berasaskan jenis dan kualiti produk serta tarikan terhadap sesuatu
produk.
ii. Tawaran Harga Pesaing Luar
Syarikat mengambil kira kadar harga pasaran dari luar
lokasi untuk melihat dan menganalisa kos pengangkutan pengguna yang
kebanyakkannya adalah pelajar untuk mendapatkan produk. Ianya dikira oleh
Syarikat Lieos sebagai harga kos produk.
iii. Persaingan
Harga dan tawaran pesaing dapat mempengaruhi keputusan
penentuan harga syarikat. Apabila pengguna ingin membeli sesuatu produk, mereka
akan mempertimbangkan produk tersebut dengan produk-produk pesaing. Selain itu,
Syarikat yang mempunyai strategi harga yang tinggi akan menggalakkan ramai
pesaing memasuki pasaran. Syarikat sentiasa berusaha di dalam mengetahui
tentang harga dan kualiti yang ditawarkan oleh pesaing. Di dalam meletakkan
harga produk ”Ltec Optical Mouse” harga dan kualiti produk pesaing adalah
elemen yang amat penting.
iv. Hubungan
Harga Dengan Permintaan
Di dalam keadaan biasa, harga dan permintaan mempunyai
hubungan yang songsang. Lebih tinggi harga, lebih rendah permintaan dan begitu
juga sebaliknya. Oleh itu sekiraya Syarikat menaikkan harga pengguna yang
mempunyai belanjawan yang terhad akan kurang membeli kerana harga yang tinggi.
Tetapi bagi produk yang berprestij, apabila syarikat menaikkan harga, permintaan
akan meningkat tetapi sekiranya harga dinaikkan terlalu tinggi, permintaan akan
menurun kerana tidak ramai pengguna yang mampu untuk membayar pada harga
tersebut.
3. KAEDAH PEMBENTUKAN/PENENTUAN HARGA
Kaedah penentuan harga akan menstrukturkan pengiraan
harga yang sebenar. Keadaan produk, jumlah jualan atau jumlah produk yang
dikeluarkan oleh syarikat akan menentukan bagaimana harga akan dikira.
i.
Cost-Plus Pricing
Harga ditetapkan dengan menambahkan peratus peningkatan
kepada kos barangan (Cost-Plus Markup). Syarikat Lieos menggunakan kaedah ini
di dalam meletakkan sesuatu harga terhadap produk keluaran syarikat.
Kaedah ini mudah di dalam menentukan harga jualan. Namun
begitu syarikat menghadapi masalah terutamanya di dalam menjangkakan kos
barangan/produk terutamanya apabila harga telah ditetapkan, kemudiaan syarikat
menghadapi kos di luar jangkaan dan adalah amat sukar bagi syarikat untuk
menaikkan harga barangan/produk. Syarikat Lieos kebanyakkannya menggunakan
teknik ini di dalam meletakkan harga bagi produk-produk barunya terutama produk
yang masih dalam percubaan.
ii.
Value-Based Pricing
Harga ditetapkan berdasarkan jangkaan wang yang pelanggan
sanggup / rela untuk memnbayar. Ini berdasarkan nilai pengertian (perceived
value) terhadap produk dan bilangan pilihan di pasaran.
Syarikat Lieos banyak menggunakan strategi mempengaruhi
perasaan pelanggan terhadap nilai produk melalui penjenamaan produk, tahap
kualiti dan juga unsur campuran pemasaran yang lain. Contohnya produk ”Ltec Optical Mouse” dan juga ”refill Ink”
dengan nama ”Lieos Canon Refill Ink”, Lieos HP Refill Ink, Lieos Lexmark Refill
Ink” dan juga ”mouse pad” dengan menamakannya ”Lieos Mouse Pad”. Dengan jenama
dan kualiti yang dapat menyakinkan pelanggan, Syarikat berjaya mendapatkan
keuntungan yang tinggi hasil penjualan produk-produk ini.
. 4 STRATEGI
PENYELARASAN HARGA
Penyelarasan harga dibuat untuk disesuaikan dengan
pelbagai jenis pengguna dan perubahan situasi. Sesetengah penyesuaian harga
dibuat oleh Syarikat untuk memberi ganjaran kepada sesuatu respon seperti
pembayaran awal, pembelian yang banyak dan sebagainya. Syarikat Lieos tidak
ketinggalan di dalam menggunakan strategi ini di dalam menarik minat
pelanggan-pelanggannya. Syarikat Lieos telah menetapkan beberapa diskaun dan
elaun tertentu yang telah berjaya menaikkan prestasi jualannya pada setiap
tahun.
Diantara diskaun dan elaun yang ditetapkan oleh Syarikat
Lieos adalah seperti :-
4.1 Diskaun
Tunai
Syarikat Lieos memberi
pengurangan harga kepada pembeli kerana membayar dengan cepat dan tepat pada
masanya. Kebiasaannya pelanggan-pelanggan yang terlibat di dalam pembelian ini
adalah jabatan-jabatan kerajaan dan juga syarikat-syarikat swasta yang membuat
pembelian dengan menggunakan Pesanan Tempatan atau ”Local Order”. Seperti
contoh, pelanggan-pelanggan diberi masa selama 30 hari untuk menjelaskan bil
tetapi bayaran telah dibuat dalam masa 10 hari, maka 2 peratus diskaun akan
diberi kepada pelanggan. Pemberian diskaun ini akan diberikan kepada semua
pelanggan-pelanggan yang memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh Syarikat.
4.2 Diskaun
Kuantiti
Syarikat Lieos juga turut memberi pengurangan harga
kepada pelanggan yang membeli produk dalam jumlah yang banyak. Contohnya, RM5
seunit bagi pembelian kurang daripada 100 unit, RM4 seunit bagi 100 produk atau
lebih. Diskaun diberikan kepada semua jenis pelanggan dan ini memberi
penjimatan kepada pelanggan dan juga sebagai satu insentif untuk membeli lebih
banyak lagi.
4.3 Elaun
Promosi
Selain daripada pemberian diskaun Syarikat Lieos
kadangkala ada juga memberi elaun promosi di mana pengurangan dibuat apabila
syarikat terlibat di dalam ekspo-ekspo IT, Promosi di Pusat Pengajian Tinggi
dan sebagainya.
Secara keseluruhannya harga pemasaran bagi semua produk
jualan Syarikat Lieos Technology Sdn.Bhd adalah berpatutan dan menarik jika
dibandingkan dengan syarikat-syarikat pesaing yang lain. Syarikat Lieos sentiasa
sentiasa memberikan harga yang selaras dan berpatutan daripada syarikat pesaing
dengan memberikan penekanan kepada mutu, kualiti dan mesra pelanggan.
Tawaran harga diskaun yang diberi sekaligus menarik minat
pelanggan untuk terus berurusniaga dengan Syarikat Lieos dan menjadi pilihan
utama mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)