Wednesday 4 December 2013

PERBINCANGAN KOD PERTAMA TADBIR URUS KORPORAT - KOD UK

Versi pertama kod Tadbir Urus Korporat UK dihasilkan pada tahun 1992 oleh Jawatankuasa Cadbury. Merujuk kepada kod Tadbir Urus Korporat UK,  tadbir urus korporat adalah sistem di mana syarikat-syarikat diarahkan dan dikawal. Lembaga Pengarah bertanggungjawab untuk mentadbir aktiviti dan urusan syarikat. Kod ini juga menerangkan tentang peranan pemegang saham dalam tadbir urus korporat adalah seperti melantik pengarah dan juruaudit dan untuk memuaskan hati semua pihak. Tanggungjawab lembaga termasuklah menetapkan matlamat startegik syarikat, menyelia pengurusan perniagaan dan melapor kepada pemegang saham dan barisan pimpinan. Tindakan lembaga adalah tertakluk kepada undang-undang, peraturan-peraturan dan pemegang saham dalam mesyuarat.

Prinsip Pertama (1) yang akan dibincangkan adalah “kepimpinan” di mana tiap-tiap syarikat hendaklah diketuai oleh lembaga pengarah yang berkesan yang secara kolektifnya bertanggungjawab untuk kejayaan jangka panjang syarikat. Perlu ada pembahagian tanggungjawab yang jelas di antara lembaga pengarah dan tanggungjawab eksekutif bagi menjalankan perniagaan. Tiada individu di dalam syarikat yang mempunyai kuasa tidak terbatas di dalam membuat keputusan. Pengerusi adalah bertanggungjawab untuk kepimpinan lembaga pengarah dan memastikan keberkesanan dalam semua aspek peranannya.

Prinsip ini juga menyatakan bahawa peranan Pengerusi dan Ketua Eksekutif tidak boleh dijalankan oleh individu yang sama dan pembahagian tanggungjawab antara Pengerusi dan Ketua Eksekutif perlu dinyatakan dengan jelas serta dinyatakan secara bertulis dan dipersetujui oleh lembaga. Prinsip ini juga menyatakan bahawa Pengerusi bertanggungjawab untuk menetapkan agenda lembaga dan memastikan bahawa masa adalah mencukupi untuk diadakan perbincangan mengenai item-item tertentu atau isu-isu strategik tertentu. Pengerusi juga bertanggungjawab di dalam memastikan pengarah menerima maklumat yang tepat, tepat pada masanya dan jelas serta pengerusi juga perlu memastikan komunikasi serta hubungan  yang berkesan dengan pemegang saham.

Prinsip Kedua (2) Tadbir Urus Korporat UK adalah “keberkesanan” di mana Lembaga dan Jawatankuasanya perlu mempunyai keseimbangan kemahiran, pengalaman, kebebasan dan pengetahuan mengenai syarikat untuk membolehkan mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing dengan berkesan. Perlu mempunyai prosedur yang formal, yang ketat dan telus bagi perlantikan pengarah baru oleh lembaga. Semua pengarah harus menerima arahan daripada pihak lembaga dan harus kerap mengemaskini dan menyegarkan kemahiran dan pengetahuan mereka. Lembaga perlu dibekalkan dengan maklumat yang tepat bagi membolehkan ia melaksanakan tugasnya. Prinsip ini juga memastikan lembaga hendaklah mempunyai saiz yang mencukupi dengan kehendak perniagaan . Lembaga juga hendaklah termasuk kombinasi pengarah eksekutif dan pengarah bukan eksekutif supaya tiada individu atau sekumpulan kecil individu boleh menguasai keputusan yang diambil oleh lembaga. Tiada siapa selain daripada Pengerusi Jawatankuasa dan ahli-ahli yang berhak yang boleh hadir pada mesyuarat Jawatankuasa Pencalonan, Audit atau Imbuhan.

Lembaga juga hendaklah menentukan dan memastikan bahawa pengarah adalah bebas daripada sebarang watak atau pertimbangan , hubungan atau keadaan yang mungkin menyentuh atau menjejaskan, keputusan yang dibuat pengarah.

Prinsip Ketiga (3) Tadbir Urus Korporat UK adalah “Akauntabiliti” di mana lembaga hendaklah mengemukakan penilaian yang seimbang dan boleh difahami berkenaan kedudukan syarikat dan prospeknya. Lembaga bertanggungjawab di dalam menentukan sesuatu tindakan dan bersedia mengambi sebarang risiko di dalam mencapai objektif strategic syarikat. Para pengarah juga perlu menjelaskan dalam laporan tahunan syarikat berkenaan tanggungjawab mereka di dalam menyediakan laporan tahunan dan akaun serta perlu ada kenyataan oleh juruaudit.


Lembaga sekurang-kurangnya setiap tahun, menjalankan kajian semula keberkesanan pengurusan risiko syarikat dan sistem kawalan dalaman dan perlu melaporkan kepada pemegang saham bahawa mereka telah berbuat demikian. Kajian ini hendaklah meliputi semua kawalan penting, termasuk kewangan , operasi dan kawalan pematuhan. Lembaga juga perlu mewujudkan satu jawatankuasa audit. Peranan dan tanggungjawab utama Jawatankuasa Audit harus ditetapkan dalam terma yang bertulis.

2 comments:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com

    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete
  2. Selamat hari, saya Josef Lewis. Seorang pemberi pinjaman yang bereputasi, sah dan sah. Kami memberi pinjaman semua jenis dengan cara yang sangat cepat dan mudah, Pinjaman Peribadi, Pinjaman Kereta, Pinjaman Rumah, Pinjaman Pelajar, Pinjaman Perniagaan, Pinjaman Pencipta, Penyatuan Hutang. dan lain-lain

    Dapatkan diluluskan untuk pinjaman perniagaan atau peribadi hari ini dan dapatkan dana dalam minggu permohonan yang sama. Pinjaman peribadi ini boleh diluluskan tanpa mengira kredit anda dan terdapat banyak pelanggan gembira untuk menyokong tuntutan ini. Tetapi anda bukan sahaja akan mendapatkan pinjaman peribadi yang anda perlukan; anda akan mendapat yang paling murah. Inilah janji kami: Kami menjamin Kadar terendah untuk semua pinjaman dengan faedah cagaran percuma.

    Kami berusaha untuk meninggalkan kesan jangka panjang yang positif dengan melampaui jangkaan pelanggan saya dalam semua yang saya lakukan. Matlamat kami adalah untuk merawat anda dengan maruah dan rasa hormat sambil menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi tepat pada masanya. Tiada nombor jaminan sosial yang diperlukan dan tiada pemeriksaan kredit diperlukan, 100% Dijamin. Sila balas dengan serta-merta menggunakan butiran di bawah jika berminat dengan pinjaman dan bebas daripada penipuan ..

    E-mel: progresiveloan@yahoo.com
    Panggilan / Teks +1 (603) 786-7565 terima kasih




    ReplyDelete