Wednesday, 4 December 2013

PERBINCANGAN KOD PERTAMA TADBIR URUS KORPORAT - KOD BELANDA

Pada Disember 2003, Kod Tadbir Urus Korporat Belanda telah dipinda oleh Jawatankuasa Pemantauan Kod Tadbir Urus Korporat Belanda  di atas permintaan Persatuan Persekutuan Sekerja Belanda (FNV), Pusat Pengarah Eksekutif dan Penyeliaan Belanda (NCD), NYSE Euronext, dan sebagainya. Pihak kerajaan Belanda telah menyokong sepenuhnya permintaan ini di mana kanun dipinda dan digantikan dengan kod 2003. Kod Tadbir Urus Korporat Belanda terpakai kepada semua syarikat-syarikat yang berdaftar di negara Belanda berdasarkan kepada syarat-syarat yang tertentu.

Prinsip Pertama (1) Kod Tadbir Urus Korporat Belanda adalah Lembaga Pengurusan dan Lembaga Penyeliaan yang bertanggungjawab  bagi struktur tadbir urus korporat syarikat dan pematuhan kepada kod ini. Pemegang saham hendaklah mengambil perhatian serta berhati-hati  serta membuat penilaian yang teliti berkaitan sebarang permohonan atau keputusan yang akan diambil. Perlu ada satu pengiktirafan asas bahawa tadbir urus korporat yang mesti disesuaikan dengan keadaan khusus syarikat. Sebagai contoh, setiap perubahan besar dalam struktur tadbir urus korporat syarikat dan pematuhan syarikat dengan kod ini hendaklah dikemukakan kepada mesyuarat agung untuk perbincangan di bawah perkara atau agenda yang berbeza.

Prinsip Kedua (2) Kod Tadbir Urus Korporat Belanda adalah “Peranan Lembaga Pengurusan” adalah untuk menguruskan syarikat. Antara lainnya bermaksub, bahawa ia bertanggungjawab untuk mencapai matlamat, strategi syarikat, profil risiko yang berkaitan, pembangunan/ pembuatan keputusan serta isu-isu tanggungjawab sosial korporat yang berkaitan dengan syarikat. Lembaga Pengurusan bertanggungjawab untuk lembaga penyeliaan dan mesyuarat agung. Dalam menjalankan peranannya, lembaga pengurusan hendaklah dipandu oleh kepentingan syarikat dan syarikat gabungannya, dengan mengambil kira kepentingan pemegang syarikat.  Lembaga pengurusan adalah bertanggungjawab di dalam mematuhi semua undang-undang yang berkaitan, menguruskan risiko yang berkaitan, aktiviti-aktiviti syarikat dan untuk membiayai syarikat. Lembaga Pengurusan hendaklah melaporkan perkembangan berkaitan dan berbincang berkenaan pengurusan dan sistem kawalan risiko dalaman dengan lembaga penyeliaan dan jawatankuasa audit. Sebagai contoh, A adalah ahli lembaga pengurusan yang dilantik untuk tempoh maksimum empat tahun. Seorang ahli boleh dilantik semula bagi sesuatu tempoh tidak lebih daripada daripada empat tahun pada satu masa. Dalam laporan tahunan, Lembaga Pengurusan hendaklah menggambarkan kepekaan keputusan syarikat bergantung kepada faktor-faktor luaran dan pembolehubah.


Prinsip Ketiga (3) bagi Kod Tadbir Urus Korporat Belanda adalah tahap dan struktur saraan ahli-ahli lembaga pengurusan terima daripada syarikat untuk kerja-kerja yang mereka lakukan berdasarkan kelayakan dan kepakaran pengurus. Apabila imbuhan keseluruhan ditetapkan, kesannya terhadap perbezaan gaji dalam syarikat itu hendaklah diambil kira. Jika saraan yang terdiri daripada komponen tetap dan komponen berubah-berubah, komponen berubah boleh dikaitkan dengan yang telah ditetapkan atau ditaksir. Komponen perubahan imbuhan mestilah sesuai berhubung dengan komponen tetap. Struktur ganjaran serta pembayaran hendaklah mudah dan telus kerana ia akan menggalakkan kepentingan syarikat dalam jangka masa sederhana dan panjang. Ahli-ahli lembaga pengurusan tidak boleh bertindak untuk kepentingan mereka sendiri atau mengambil risiko yang tidak selaras dengan strategi yang telah diguna pakai. Tahap dan struktur imbuhan hendaklah ditentukan dengan merujuk kepada antara lainnya, keputusan, prestasi harga saham dan penunjuk bukan kewangan yang berkaitan dengan penciptaan nilai jangka panjang syarikat. Sebagai contoh, sebelum merangka dasar imbuhan dan menentukan saraan ahli-ahli lembaga pengurusan individu , lembaga penyeliaan hendaklah menentukan tahap dan struktur saraan ahli-ahli lembaga pengurusan dengan merujuk kepada analisis senario dengan mengambil kira perbezaan gaji dalam syarikat.

1 comment:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com

    Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

    ReplyDelete