Monday 18 July 2011

Struktur Organisasi Pejabat MARA Negeri Terengganu (No 3)

STRUKTUR ORGANISASI 

Berdasarkan temuduga yang dibuat dengan En Abdullah Bin Mohamad, Pengarah MARA Negeri Terengganu pada 23 Januari 2010, Jam 10.00 a.m, struktur organisasi Pejabat MARA Negeri Terengganu dibuat/dianalisa berdasarkan tiga (3) strategik fokus yang telah ditetapkan (Rujuk Rajah 1).
Ianya adalah saling berkaitan kerana struktur organisasi dianalisis dan didraf berpandukan kepada “Strategik Fokus” yang telah ditetapkan. Menurut Quinn (1980) ”strategi didefinisikan sebagai corak atau perancangan yang mengintegrasikan keseluruhan matlamat, polisi dan perbuatan bagi organisasi keseluruhannya”.
Rujuk kepada Ahmad S.A. et al (2008) ada menyatakan ”Sekiranya berlaku perubahan kepada “Strategik Fokus” maka secara tidak langsung pasti akan memberi kesan atau perubahan kepada struktur organisasi” yang sediada. En Abdullah juga menyatakan bahawa Y.B. Dato’ Seri Idris Bin Jusoh, Pengerusi MARA ada menyatakan  “Strategi dan perancangan sentiasa direncana demi memastikan usaha untuk mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera dapat terus dijana. Tahun 2009 telah mencatatkan sejarah tersendiri apabila MARA diletakkan di bawah Kementerian Kamajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Ia membawa satu anjakan paradigma yang amat signifikan kepada MARA dan juga segala perancangan sama ada di peringkat makro mahupun mikro”. Saya bersetuju dengan pendapat Y.B Dato’ Seri Pengerusi kerana strategi dan perancangan adalah amat penting bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.

1. Urusan Pembangunan Usahawan
Berfungsi di dalam menyediakan latihan, bimbingan, khidmat nasihat, kaunseling dan
rundingcara dalam perniagaan dan keusahawanan kepada usahawan dan bakal usahawan bagi merealisasikan matlamat utamanya iaitu mewujudkan usahawan kelas menengah dan top intrepreneur supaya dapat meningkatkan pegangan asset dan ekuiti Bumiputera.

2. Urusan Pembiayaan Perniagaan
Berfungsi di dalam menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan berlandaskan
Syariat Islam bagi membantu usahawan memulakan dan
meningkatkan perniagaan atau perusahaan mereka dalam bidang perdagangan dan perindustrian yang bersaiz kecil dan sederhana. Sasaran kemudahan pembiayaan meliputi Bumiputera (IKS) dalam sector pembuatan, perkhidmatan, perdagangan, pengangkutan, kontrak binaan, perkhidmatan dan bekalan.

3. Urusan Pembangunan Infrastruktur Perniagaan
Berfungsi di dalam menyediakan kemudahan ruang niaga/ruang kilang untuk disewa bagi mewujud dan menambah bilangan usahawan Bumiputera serta mempertingkatkan lagi tahap usaha niaga mereka.
     
4. Urusan Latihan dan Kerjaya

Berfungsi di dalam merangka dan melaksanakan pelbagai program pendidikan untuk memastikan matlamat pendidikan MARA akan tercapai.
  
5. Urusan Kutipan dan Penguatkuasaan (Pendakwaan)
Berfungsi di dalam mengendali dan menguruskan kutipan bayaran balik pembiayaan dan menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap peminjam yang melanggar syarat perjanjian.

6. Urusan Teknikal

Berfungsi di dalam menyediakan perkhidmatan teknikal bagi member keselesaan dan kepuasan kepada pelanggan-pelanggan.

7. Urusan Pentadbiran & Kewangan 
Berfungsi di dalam mengendali dan menguruskan pentadbiran harian dan hal-hal berkaitan dengan kewangan pejabat. 

      8. Pejabat MARA Daerah

Berfungsi di setiap daerah di dalam Negeri Terengganu iaitu di Daerah Kuala Terengganu, Besut, Marang, Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman dan Setiu. Bertanggungjawab di dalam membantu Pejabat MARA Negeri Terengganu di dalam semua urusan yang berkaitan.

No comments:

Post a Comment