Tuesday 19 July 2011

PELAN STRATEGIK MARA TERENGGANU (No 4)


Menurut En Abdullah (Pengarah MARA Negeri Terengganu), fokus Pejabat MARA Negeri Terengganu kini meletakkan orientasi pembangunan Bumiputera luar bandar dan komuniti desa selaras dengan halatuju Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.  Ianya melibatkan 3 sektor sepertimana “Pelan Strategik”  yang telah ditetapkan iaitu :-

i)                    Aspek Pembangunan Usahawan

Usaha membangunkan usahawan desa telah dijadikan agenda penting selain selain daripada pembangunan usahawan Bumiputera secara keseluruhan. Program-program akan difokuskan untuk memajukan usahawan luar bandar. Kluster dan bidang perniagaan di bawah program ini juga sentiasa dinilai semula untuk memastikan ia bersesuaian dengan pelanggan MARA. Pengalaman MARA membawa usahawan-usahawan Bumiputera sehingga ke peringkat antarabangsa akan dijadikan panduan untuk mewujudkan “road map” yang jelas bagi membantu usahawan-usahawan luar bandar.
Pejabat MARA Negeri Terengganu akan berusaha memastikan program pembangunan usahawan disesuaikan dengan keperluan uasahawan masa kini. Lanskap perniagaan yang semakin rencam dan mencabar pada hari ini memerlukan kepada sistem pembangunan usahawan yang lebih dinamik.

ii)                  Aspek Pendidikan dan Latihan

Pengalaman MARA dalam bidang pendidikan banyak mencipta kejayaan sehingga ke peringkat antarabangsa akan dijadikan kelebihan untuk membawa masyarakat luar bandar setaraf dengan masyarakat bandar. Keupayaan menggerakkan komuniti usahawan Bumiputera sehingga mampu berada di pasaran dunia akan dijadikan bekalan membawa usahawan desa bersaing di pasaran terbuka. Pendidikan juga beperanan di dalam melahirkan modal insan yang unggul sepertimana “Program Ulul Albab” di Maktab Rendah Sains MARA. Usaha dilakukan untuk mencanai modal insan unggul supaya mempunyai pengetahuan merentasi bidang serta memasuki bidang kemahiran yang boleh menjana kekayaan di masa hadapan.

iii)                Aspek Kemudahan Pembiayaan & Premis Perniagaan
Kemudahan Pembiayaan : Didalam usaha memastikan usahawan-usahawan Bumiputera dapat bersaing dengan bangsa-bangsa lain beberapa penambahbaikan telah dibuat iaitu dengan meluaskan lagi had pembiayaan maksimum RM500,000.00 bagi pembiayaan kontrak dan RM250,000.00 bagi pembiayaan am kepada semua sektor dan jenis perniagaan, kemudahan pembiayaan perniagaan kepada kakitangan awam, peluang kedua usahawan bagi mendapatkan pembiayaan dan juga penurunan kuasa melulus kepada pegawai-pegawai yang berkuasa sepertimana pekeliling yang dikeluarkan.

Kemudahan Premis Perniagaan : Bagi membantu  usahawan-usahawan Bumiputera usaha pembinaan / pembelian dan pembangunan premis dipergiatkan. Promosi dipergiatkan bagi memastikan maklumat-maklumat berkaitan kemudahan yang disediakan sampai kepada usahawan-usahawan.

Disamping itu, En Abdullah juga menyatakan bahawa demi memastikan ketiga-tiga aspek utama itu tercapai dan terlaksana , Pejabat MARA Negeri Terengganu juga akan memastikan warga kerja MARA Terengganu benar-benar kompeten untuk menjunjung amamah murni rakyat. Beliau melihat aset terpenting MARA adalah warga kerja yang mempunyai inovasi, kreativiti dan daya pemikiran strategik untuk merangka agenda membangunkan Bumiputera. Diakhir temuduga En Abdullah menyatakan harapan semoga Pejabat MARA Negeri Terengganu khususnya dan MARA amnya, akan dapat terus memacu perjuangan dan perubahan  di dalam mencapai objektif organisasi yang telah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment