Oxford
English Dictionary telah mendefinisikan syarikat sebagai penyatuan beberapa
individu yang membentuk sebuah perbadanan bagi menjalankan satu objektif yang
sama atau serupa, lazimnya untuk tujuan perdagangan. Seksyen 4 Akta Syarikat
1965 pula mendefinisikan syarikat sebagai syarikat yang diperbadankan mengikut
Akta Syarikat 1965 atau mana-mana enakmen sebelumnya yang berkaitan. Syarikat
adalah “an artificial being, invisible, intangible and existing only in contemplation
of law” (Supreme Court Justice Johm Marshall, 1819).
Dengan yang demikian,
syarikat adalah terpisah dari entiti undang-undang terhadap individu yang
menjadi pemiliknya. Syarikat boleh didakwa atau mendakwa atas namanya, bukan
ahli-ahlinya. Melihat daripada segi perundangan, pemilikan dan jangka hayat,
syarikat adalah entiti perniagaan yang bebas dan terasing, memiliki semua asset
perniagaan dan jangka hayatnya tanpa had.
Selain
itu, undang-undang menganggap syarikat-syarikat mempunyai status seperti
seorang individu di mana ia dapat :
ü Menyaman
dan disaman oleh pihak tertentu.
ü Membeli,
memiliki dan menjual asset yang ia berhak ke atasnya.
ü Membuat
dan menjual barangan tertentu kepada pengguna.
ü Menyediakan
dan menawarkan perkhidmatan tertentu
kepada pengguna bagi mendapatkan bayaran tertentu .
ü Didakwa
di Mahkamah dan dihukum apabila melakukan jenayah dan sabit kesalahan.
Di
Malaysia, organisasi perniagaan berasaskan kepada Akta Syarikat 1965. Akta ini
menjadi undang-undang yang menguasai semua syarikat di Malaysia. Akta ini
disahkan pada 15 April 1966 dan pernah diubah beberapa kali pada tahun 1969,
1971, 1985, 1986 dan terakhir pada tahun 1987.
Syarikat
boleh diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu Syarikat Persendirian,
Syarikat awam, Syarikat berhad, Syarikat tidak berhad, Syarikat Induk/ anak
syarikat dan Syarikat asing.
4.1 Ciri-Ciri Syarikat Persendirian (Swasta)
Menurut
Seksyen 4 Akta Syarikat 1965, sesebuah syarikat persendirian bermaksub
mana-mana syarikat yang ditubuhkan sebagai syarikat persendirian di bawah akta
pindaan bertulis atau yang diperbadankan sebagai syarikat persendirian di bawah
Seksyen 15 Akta Syarikat 1965 atau yang ditukarkan kepada syarikat persendirian mengikut Seksyen
26(1), yang merupakan sebuah syarikat yang tidak terhenti menjadi syarikat
persendirian di bawah Seksyen 26 atau 27.
Menurut
Seksyen 15 Akta Syarikat 1965 pula, di dalam memorandum persatuan sesebuah
syarikat persendirian perlulah mengandungi perkara-perkara berikut :-
i)
Membuat sekatan
terhadap hak untuk memindahkan saham
Sub
Seksyen ini menyekat syarikat persendirian daripada memindahkan syer-syernya.
Walaubagaimanapun, ia tidak menjelaskan cara-cara untuk menyekat pemindahan
syer-syer tersebut dan kebiasaannya, sekatan ini boleh dilakukan dengan dua (2)
cara iaitu dengan memberikan kepada ahli-ahli yang lain (right of pre-emption).
Ini bermaksub, sekiranya seseorang ingin menjual syernya, dia mestilah
menawarkan syer itu kepada ahli-ahli lain terlebih dahulu dan sekiranya mereka
menolak, barulah dia boleh menjualkannya kepada orang lain. Cara yang ke dua
ialah dengan meletakkan syarat bahawa syer-syer hanya boleh dipindahkan dengan
kebenaran Lembaga Pengarah Syarikat.
ii)
Mengehadkan bilangan
ahli-ahli syarikat tidak melebihi lima puluh (50) orang
iii)
Larangan untuk membuat
cadangan kepada umum untuk menyumbangkan syer atau debenture
iv)
Larangan terhadap
cadangan untuk mengambil wang deposit daripada orang ramai
Selain
dari peraturan yang dinayatakan tadi, Syarikat Persendirian mesti mempunyai
dokumentasi yang jelas mengenai peraturan dalaman untuk rujukan prestasi
mengenai aktiviti perniagaan dan pimpinan untuk pelaksanaan yang lebih lanjut.
Di antara keperluan yang perlu ada adalah seperti Setiusaha Syarikat (Company
Secretary), Auditor Syarikat (Corporation Auditor), Cap (tanda) Syarikat
(Corporation Seal), Surat Kuasa Wakil
(Power Attorney), Memorandum Syarikat (Memorandum Of Association),
Lembaga Pengarah (Board of Directors), Pemegang Saham dan Pejabat berdaftar
(Registered Office).
4.2 Ciri-Ciri Syarikat Awam
Ia
lebih dikenali sebagai syarikat berhad dan
menurut Seksyen 4 Akta Syarikat 1965, syarikat awam adalah sebuah
syarikat yang selain dari syarikat
persendirian. Sesebuah syarikat awam itu terikat dengan beberapa
peraturan yang berbeza dengan syarikat persendirian iaitu terutamanya mengenai pemberitahuan berkenaan hal ehwal
kewangan syarikat.
Syarikat
awam mempunyai syarat-syarat yang lebih terperinci daripada syarat-syarat lain
kerana syarikat awam dibenarkan untuk menerima
atau memperoleh wang daripada orang ramai. Ia menawarkan penerbitan
saham-sahamnya kepada pelabur-pelabur awam dan institusi di Malaysia dan
seterusnya disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur. Misalnya , sesiapa sahaja
yang mempunyai wang dapat membeli saham-saham Tenaga Nasional, Telekom, Celcom
ataupun Maybank. Daripada segi teori sesiapa sahaja yang berkemampuan dapat
membeli sebahagian saham syarikat-syarikat terhad seumpama ini bagi menguasai
syarikat tersebut.
Syarikat
awam juga tidak mempunyai perutukan maksimum mengenai bilangan keahlian
sebagaimana syarikat persendirian. Had
umur bagi pengarah-pengarah syarikat awam adalah tujuh puluh (70) tahun menurut
Seksyen 129 Akta Syarikat 1965.
4.3 Ciri-Ciri Syarikat Berhad
Menurut
Seksyen 4 Akta Syarikat 1965, syarikat berhad ditakrifkan sebagai syarikat yang
dihadkan oleh saham atau jaminan atau kombinasi kedua-duanya sekali seperti
Syarikat Berhad oleh saham, Syarikat Berhad oleh jaminan dan Syarikat Berhad
oleh saham dan jaminan.
4.4 Ciri-Ciri
Syarikat Tidak Berhad
Syarikat
tidak berhad adalah syarikat yang diperbadankan di atas dasar di mana
tanggungan ahli-ahlinya adalah tidak terhad. Liabiliti ahli untuk menyumbang
kepada syarikat di dalam kes penggulungan tidak terhad dalam apa cara
sekalipun. Liabiliti ahli-ahlinya adalah seperti liability perkongsian tetapi
yang lain adalah sama dengan ciri-ciri syarikat.
Syarikat
jeinis ini boleh mempunyai atau tidak mempunyai modal syer dan modal syer ini
boleh dikurangkan tanpa had kerana pemiutang boleh menuntut kepada harta
peribadi agli. Seksyen 2 Akta Syarikat 1965, memperutukkan bahawa syarikat ini
boleh ditukarkan kepada syarikat berhad atau sebaliknya tetapi pertukaran ini
tidak memberi kesan terhadap hak, tanggungjawab dan tindakan undang-undang yang
boleh diteruskan atau dimulakan sebelum penukaran itu dibuat.
4.5 Ciri-Ciri Syarikat Asing
Seksyen
4 Akta Syarikat 1965 mendefinisikan syarikat asing sebagai suatu syarikat,
perbadanan, pertubuhan, persatuan atau lain-lain badan yang diperbadankan di
luar Malaysia ; atau suatu persatuan, pertubuhan yang tidak diperbadankan atau
lain-lain badan yang mana di bawah
undang-undang tempat asalnya boleh mendakwa atau didakwa, atau memegang
harta di atas nama setiausaha atau lain-lain pegawai badan atau persatuan yang
dilantik dengan sewajarnya bagi tujuan itu dan yang tidak mempunyai ibu pejabat
atau tempat perniagaan utamanya di Malaysia.
4.6 Kelebihan Syarikat Korporat
4.6.1 Tanggungan Terhad
Kelebihan
nyata yang paling jelas ialah pemegang saham mempunyai tanggunan yang terhad
bergantung kepada pelaburan yang dilaburkan. Pemegang saham tidak
bertanggungjawab atas mana-mana amaun hutang luar pegangan saham mereka dengan
syarat tidak ada penipuan atau penyelewengan lain. Apabila syarikat tersebut
mengalami kegagalan, maka segala tuntutan hutang oleh pemiutang hanya dapat
dibuat ke atas asset syarikat berkenaan sahaja dan segala asset peribadi
individu tidak boleh disentuh.
4.6.2 Kesinambungan Urusan
Perniagaan
Pemindahan
pemilikan boleh dipindahkan melalui penjualan saham kepada pembeli yang
berminat dan pemindahan pemilikan adalah lebih mudah dilakukan. Saham-Saham
yang dipegang oleh pemilik asal boleh dijual kepada orang lain, ataupun
diserahkan kepada waris-waris beliau bagi meneruskan perniagaan tersebut.
Dengan kata lain syarikat tidak perlu dibubarkan kerana syarikat mempunyai
jangka hayat yang terpisah dan bebas dari pemilik dan syarikat boleh beroperasi
dalam jangka masa yang tidak terhad.
4.6.3 Mudah Memperoleh Modal Yang Besar
Kelebihan
syarikat yang ke tiga ialah keupayaan mendapatkan pembiayaan tambahan daripada
institusi kewangan ataupun menerbitkan saham baru bagi dibeli oleh
pelabur-pelabur. Modal juga boleh diperolehi dengan mendapatkan pinjaman jangka
pendek dengan menggunakan aset perniagaan atau jaminan peribadi dari pemegang
saham majoriti.
Memandangkan
syarikat mempunyai ciri-ciri tanggungan terhad, maka pelabur-pelabur individu
berasa lebih selamat membuat pelaburan kerana apabila berlaku sesuatu yang
tidak diingini ke atas perniagaan tersebut, aset peribadi mereka tidak
terjejas.
4.7 Kelemahan Syarikat Korporat
4.7.1 Perwakilan Tidak
Mencukupi
Pemegang
saham majoriti di dalam syarikat akan berkuasa (outvotes) terhadap pemegang
saham yang kecil. Ini adalah kerana kerana syarikat mempunyai ciri-ciri
kesinambungan, maka pelabur-pelabur yang kukuh boleh pada bila-bila masa
membeli saham syarikat tertentu pada satu jumlah yang besar. Apabila jumlah
dibeli itu menjadikan pelabur tersebut pemilik saham terbesar, maka kini beliau
adalah pemilik baru syarikat tersebut. Contohnya sepertimana yang berlaku
kepada Syarikat Celcom (M) Berhad, pada
ketika itu Tan Sri Tajuddin Ramli adalah pemilik saham terbesar syarikat
berkenaan. Pada pertengahan tahun 2002 pemilikan tersebut dibeli oleh Syarikat
Telekom Malaysia (STM), sekaligus menjadikan STM sebagai pemilik baru Celcom.
Dengan kata lain Tan Sri Tajuddin kehilangan pemilikan dan penguasaan ke atas
syarikat yang beliau usahakan sejak sekian lama.
4.7.2 Modal Permulaan Yang
Besar Dan Ikatan Peraturan
Memerlukan
pelaburan modal permulaan yang agak besar berbanding yang diperlukan oleh
perniagaan tunggal dan perkongsian. Keadaan lebih menyulitkan apabila pemilik
syarikat perlu mematuhi banyak peraturan yang diwujudkan oleh kerajaan.
Peraturan kerajaan yang banyak dan laporan diperlukan oleh agensi tempatan
selalunya memberi kesan yang besar terhadap kertas kerja dan birokrasi.
4.7.3 Bayaran Cukai
Daripada
segi cukai, syarikat mempunyai kelemahan kerana pemiliknya dikenakan cukai dua
(2) kali. Cukai yang pertama adalah ke atas keuntungan yang diperoleh oleh
syarikat. Cukai ini dipanggil cukai korporat. Apabila keuntungan syarikat
selepas cukai sebahagian daripadanya dibahagi-bahagikan kepada pemilik syarikat
dan pemegang saham yang lain, mereka dikenakan cukai ke atas pendapatan individu
pula. Keadaan ini berbeza berbanding dengan kaedah pengiraan yang dibuat ke
atas perniagaan tunggal.