LATARBELAKANG PEJABAT MARA NEGERI TERENGGANU
Pejabat MARA Negeri Terengganu adalah sebuah badan berkanun yang berada di bawah Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) yang sebelum ini berada di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MECD) yang telah dibubarkan pada tahun 2009. Namun begitu urusan harian Pejabat MARA Negeri Terengganu dilaksanakan bebas dan berkecuali oleh pegawai-pegawainya di bawah pengawasan Pengarah dan Ketua Pengarah (Ibu Pejabat).
Kalau kita menoleh ke belakang, MARA yang lahir pada 1 Mac 1966 adalah rentetan daripada perjuangan Rural Industrial Development Authority (RIDA) yang sememangnya bertanggungjawab untuk membangunkan kawasan luar bandar pada zaman sebelum kemerdekaan sehinggalah dekad awal kemerdekaan.
Kewujudan MARA menggantikan RIDA masih tetap membawa aspirasi dan perjuangan yang sama iaitu untuk membangunkan komuniti kaum Bumiputera yang sebahagian besarnya berada di luar bandar. Pejabat MARA Negeri Terengganu yang ditubuhkan pada tahun “1972” dan beroperasi sehingga sekarang terus menyambung perjuangan tersebut di dalam membantu Masyarakat Bumiputera. Pejabat MARA Negeri Terengganu diterajui oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah MARA Negeri Terengganu yang dilantik oleh Ketua Pengarah MARA sepertimana tertulis di dalam Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 dengan dibantu oleh Ketua Penolong Pengarah. Di sini dinyatakan maklumat ringkas mengenai Pejabat MARA Negeri Terengganu :-
Nama Organisasi :
Pejabat MARA Negeri Terengganu
Nama Peneraju / Pengarah
Encik Abdullah Bin Mohamad
Visi Korporat Organisasi :
Menjadi sebuah organisasi korporat cemerlang, berdikari, berautonomi &
Berwibawa :
Berwibawa :
● Penggerak dan pemangkin yang aktif
● Pusat jaringan dan rangkain perusahaan & Perdagangan
● Pusat jaringan dan rangkain perusahaan & Perdagangan
● Pusat maklumat, latihan, penyelidikan & Pembangunan
● Sebagai organisasi pemikir
● Sebagai organisasi pemikir
Misi Korporat :
Menjadi badan amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat dan maruah bangsa menerusi pelbagai aktiviti ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan.
OBJEKTIF KORPORAT / PELAN STRATEGIK MARA (2006-2015)
Menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera, khususnya di luar bandar , supaya menyertai dengan aktif dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan kearah membentuk Masyarakat Usahawan Bumiputera yang berdaya tahan, professional dan kukuh
OBJEKTIF OPERASI
1. Menambah bilangan bumipuetera yang sedia ada
2. Memberikan bimbingan, khidmat nasihat dan bantuan alatan kepada usahawan dan bakal usahawan
3. Menerapkan etika perniagaan yang progresif serta sikap positif bagi membolehkan usahawan mengamalkannya dalam menjalankan perusahaan / perniagaan masing-masing.
4. Membantu usahawan dalam bentuk modal pusingan dan harta tetap bagi mewujudkan dan memperkembangkan perniagaan mereka.
5. Membina dan menyediakan kemudahan ruang niaga dan ruang perusahaan serta mempertingkatkan tahap usaha niaga penyewa-penyewa.
6. Mengawalselia pinjaman/pembiayaan dan sewa ruang niaga yang masih tidak mempunyai masalah bayaran balik dan bayaran sewaan untuk memenuhi sasaran kutipan yang telah ditetapkan.
7. Melaksanakan tindakan sivil ke atas peminjam-peminjam / penyewa ruang niaga yang bertunggakan
8. Membantu di dalam program pendidikan dan latihan.
No comments:
Post a Comment