Menurut Stoner (1995) “Organisasi adalah suatu pola hubungan-hubungan yang melalui mana-mana orang di bawah pengarahan pengurus/manager bagi mengejar tujuan bersama”. James D. Mooney menyatakan “Organisasi adalah bentuk setiap persekitaran manusia untuk mencapai tujuan bersama”. ”Organisasi merupakan suatu sistem aktiviti kerjasama yang dilakukan oleh dua orang atau lebih” didefinasikan oleh Chester I. Bernard (1968). Beliau mencirikan beberapa perkara yang perlu ada di dalam mendefinasikan organisasi iaitu koordinasi individu dan kegiatan-kegiatan yang saling berhubungan. Pada pandangan saya, organiasasi membawa maksub satu sistem unik dan bersistematik yang merangkumi manusia atau tenaga kerja , bekerjasama, disatukan bagi mencapai matlamat atau tujuan yang telah ditetapkan. Dengan itu adalah jelas bahawa organisasi adalah amat penting di dalam menggerakkan sesuatu perancangan menjadi satu tindakan dan menjadi kenyataan bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Sesebuah organisasi yang dibentuk pasti akan melambangkan identitinya atau peranannya yang tersendiri. Organisasi yang dibentuk hendaklah mengikut atau berlandaskan fokus strategi yang telah ditetapkan di dalam membantu Pengurusan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Contohnya Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah. Ia sebagai sebuah institusi kerajaan yang memberi perkhidmatan dan sumbangan kepada masyarakat dan rakyat terutama kepada Masyarakat Bumiputera. Bagi menentukan aktiviti sesuatu organisasi berjalan dengan lancar dan bergerak dengan bersistematik seperti dirancang maka sistem pengawasan, penyelarasan dan pengawalan adalah diperlukan. Dengan itu, di dalam sesebuah organisasi, peraturan, dasar, autoriti, prosedur dan sistem yang ada hendaklah difahamkan kepada semua kakitangan di dalam sesebuah organisasi.
No comments:
Post a Comment