Wednesday, 20 July 2011

KELEBIHAN, KELEMAHAN & CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PEJABAT MARA NEGERI TERENGGANU


KELEBIHAN PENGURUSAN  DI MARA TERENGGANU

1.      Hanya Pengarah dengan dibantu oleh Timbalan Pengarah sahaja sebagai “Pengurusan Atasan” dan ini tidak akan berlaku konflik di dalam membuat sesuatu perancangan ataupun keputusan.
2.      Mempunyai autoriti di dalam memberi arahan dan setiap arahan yang dibuat hendaklah diakur oleh semua kakitangan. Namun begitu sebelum sesuatu arahan dibuat perbincangan diadakan bersama pengurusan pertengahan dan bawahan.
3.      Pengurusan atasan dianggap sebagai role model oleh semua kakitangan
4.      Minat, disiplin dan keupayaan kakitangan sentiasa diambil kira di dalam menentukan pengagihan tugas.
 5.      Sentiasa memberi galakan dan memberi peluang kepada kakitangan mencuba dengan teknik dan kaedah baru (kreativiti) bagi melicinkan dan memudahkan kerja yang dipertanggungjawabkan.
6.      Sentiasa mengadakan mesyuarat dan perbincangan di peringkat semua level.

KELEMAHAN PENGURUSAN DI MARA TERENGGANU
1.      Kadangkala keputusan segera tidak dapat dibuat kerana tiada autoriti dan memerlukan keputusan atau jawapan dari peringkat tertinggi Ibu Pejabat.
2.      Pertukaran kumpulan pengurusan yang sedikit sebanyak  akan menganggu perjalanan tugas atau aktiviti-aktiviti yang sedang berjalan.
3.      Pengarah mempunyai beban tugas yang amat berat . Walaupun dibantu oleh Timbalan Pengarah namun ianya masih lagi tidak mencukupi bagi pengagihan bebanan tersebut.
4.      Kadangkala adanya campurtangan politik di dalam membuat sesuatu keputusan atau tugas.
5.      Kekurangan tenaga pekerja boleh dikatakan faktor yang agak penting kerana beban tugas atau aktiviti  semakin bertambah.
6.      Peralatan-peralatan di dalam menjalankan tugas agak lama dan ketinggalan jika dibandingkan dengan organisasi yang lain.
7.      Adanya krisis birokrasi di dalam menjalankan sesuatu aktivti atau tugas.

 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Ø  Kurangkan masalah birokrasi
Krisis birokrasi adalah perkara biasa dan normal di dalam sesebuah organisasi kerajaan. Namun begitu setiap organisasi hendaklah mencari jalan atau cara bagi mengurangkan krisis ini. Krisis ini kebiasaanya menimbulkan masalah seperti tekanan dalaman, masalah komunikasi ataupun kelewatan melakukan sesuatu proses kerja atau aktiviti yang pasti akan memberi impak yang besar kepada kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Pejabat MARA Negeri Terengganu hendaklah mengambil langkah dengan mengurangkan prosedur-prosedur formal, contohnya seperti perjanjian-perjanjian pembiayaan yang terlalu rumit untuk dibaca dan difahami oleh pihak pelanggan, memperbaiki komunikasi dan mengkaji kembali tatacara kerja yang sediada.
Ø  Penambahan anggota kerja
Organisasi yang penting dan besar seperti Pejabat MARA Negeri Terengganu sudah pasti memerlukan jumlah anggota yang mencukupi sesuai dengan bebanan tugas yang semakin berat dan rumit. Langkah yang perlu dimabil ialah dengan menambah jumlah anggota kerja berpandukan bebanan tugas di dalam setiap fungsi yang ada. Berdasarkan kepada Rajah 2 di atas Pengarah MARA Negeri Terengganu hanya dibantu oleh Timbalan Pengarah MARA Negeri Terengganu yang bertanggungjawab di Cawangan Khidmat Pengurusan dan ini adalah tidak mencukupi kerana terpaksa memikul bebenan berat menjaga urusan-urusan di bawahnya yang sentiasa berlaku penambahan tugas.
Langkah yang perlu diambil ialah dengan menambah seorang lagi Timbalan Pengarah II dan diletakkan di bawah Cawangan Pembangunan yang sebelum ini melaporkan terus segala aktiviti kepada Pengarah. Dengan adanya Timbalan Pengarah II yang bertanggungjawab khusus kepada Cawangan Pembangunan maka bebanan tugas pengarah akan menjadi lebih ringan dan pasti segala urusan atau aktiviti yang dijalankan akan berjalan dengan lebih lancar dan berkesan. 

Ø  Melakukan pusingan kerja / Job rotation
Setiap anggota memang berkemahiran dan cekap dengan tugas atau aktiviti di dalam urusan masing-masing. Namun begitu skop kemahiran dan pengetahun adalah tidak meluas dan terkongkong. Anggota kerja hanya mengetahui bidang tugasnya sahaja dan langsung tidak mengetahui perjalanan mahupun cara kerja urusan-urusan lain walaupun setiap urusan mempunyai halatuju yang sama iaitu bagi mencapai objektif organisasi. Langkah yang perlu dilakukan ialah dengan membuat pusingan kerja kepada semua anggota kerja di setiap urusan yang ada. Contoh : Anggota kerja yang bertugas di Urusan Pembangunan Usahawan ditukar ke Urusan Pembiayaan Perniagaan dan begitu juga sebaliknya. Pusingan boleh dibuat dalam 4 atau 5 tahun sekali dan yang pasti selepas itu semua anggota di dalam organisasi akan faham peranan dan tugas setiap urusan-urusan yang ada di dalam organisasi. Mereka bukan sahaja mahir dalam satu bidang malahan meraka akan mahir di dalam semua bidang yang ada di dalam organisasi. Ini sudah pastinya akan meningkatkan lagi kualiti kerja anggota-anggota terbabit.

Ø  Memerlukan Transformasi Menyeluruh
Bagi memastikan MARA Terengganu sebagai sebuah agensi pembangunan sosioekonomi Bumiputera sentiasa mantap, relevan dan berupaya memikul elemen tambahan yang makin mencabar. Sekiranya MARA Terengganu sentiasa di tampuk lama, tidak berubah dan mudah dimamah globalisasi maka yang akan menjadi mangsanya adalah Bumiputera itu sendiri. Dengan itu langkah yang perlu diambil ialah dengan memperbaiki dan membuat penambahbaikan terhadap empat (4) urusan utama yang ada bagi memastikan MARA Terengganu terus relevan dan berupaya di dalam membangunkan Bumiputera dan generasi yang akan datang.

Ø  Perkuatkan pentadbiran organisasi
MARA Terengganu sentiasa berhadapan dengan jumlah pelanggan yang begitu besar merangkumi urusan usahawan dan pendidikan. Pelbagai karenah dan permintaan disuarakan oleh kumpulan sasar. Oleh yang demikian, langkah yang perlu diambil ialah MARA Terengganu hendaklah sentiasa bersedia dengan persekitaran dan meningkatkan sistem penyampaian dengan lebih cekap, melalui pengamalan “best practices” dalam organisasi dan dapat memberi kepuasan kepada pelanggan atau kumpulan sasar. Cadangan penambahbaikan sistem penyampaian ialah dengan :-
i.          Menyediakan kemudahan bayaran pembiayaan melalui “Cash
Deposit” dan “Cek Deposit” ataupun melalui “kad kredit” melalui bank-bank terpilih. Ini belum lagi dilaksanakan oleh pejabat MARA Negeri Terengganu khususnya dan  MARA amnya.

ii.         Kemudahan permohonan pembiayaan melalui online. Pelanggan boleh memohon permohonan pembiayaan melalui internet dan tidak perlu ke Pejabat yang berkaitan. Ini belum lagi dilaksanakan di Pejabat MARA Negeri Terengganu khususnya dan MARA amnya
iii.        Tawaran sebutharga melalui online. Segala maklumat sebutharga ada di dalam internet dan pelanggan boleh memasuki sebutharga melalui online yang ada. Belum lagi dilaksanakan oleh Pejabat MARA Negeri Terengganu
iv.        Bayaran pembiayaan perniagaan melalui online dan bukannya seperti sekarang yang menggunakan cek. Cara ini sudah lama digunakan oleh agensi-agensi kerajaan yang lain.

Ø  Perkuatkan aset terpenting
Dalam memastikan aktiviti-aktiviti utama MARA terlaksana, Pejabat MARA Negeri Terengganu hendaklah memastikan warga kerja benar-benar kompeten untuk menjunjung amanah murni rakyat. Saya melihat aset terpenting MARA Terengganu adalah warga kerja itu sendiri yang mempunyai inovasi, kreativiti dan daya pemikiran strategik untuk merangka agenda di dalam membangunkan Bumiputera. Langkah yang perlu diambil ialah dengan menyediakan kursus-kursus serta latihan samada yang khusus ataupun umum.

Ø  Penerapan budaya kerja berprestasi tinggi
Pejabat MARA Negeri Terengganu hendaklah menerapkan budaya kerja berprestasi tinggi. Langkah yang perlu diambil ialah dengan menggunakan asas tiga kompenen utama iaitu global , cemerlang dan kempetitif. Ini memerlukan kepada perubahan budaya kerja, budaya berfikir dan cara bertindak supaya ianya dapat merangsang Pejabat MARA Negeri Terengganu menjadi sebuah organisasi berasaskan pengetahun (k-organization).

KOMUNIKASI BUKAN LISAN/NON VERBAL (1)

Terdiri dari daripada :
Kinesics
 
Menurut William (2000) “Kinesics” merupakan komunikasi yang tidak menggunakan perkataan.
v Ekspresi/ Mimik Muka
v Gerak, Isyarat,Sikap
v Gerakan tubuh
v Gerak mata/kontak mata
v Posture 
 
Ekspresi / Mimik muka
 
Gerak, Isyarat,Sikap

Gerakan Tubuh dan Posture

Gerak Mata / Kontak Mata

 

Tuesday, 19 July 2011

PENJABATANAN DI MARA NEGERI TERENGGANU (5)

APA ITU ORGANISASI PERJABATANAN FUNGSIAN

”Organisasi fungsi berfungsi di dalam mengkordinat kerja dan pekerja melalui unit-unit yang berbeza dan setiap unit adalah bertanggungjawab ke atas fungsi perniagaan yang khusus atau daerah keahlian”. 

KELEBIHAN PENJABATANAN  FUNGSIAN

Adanya pembahagian tugas yang jelas.
Pengurus dan juga pekerja mengetahui tugas yang dipertanggungjawabkan dan dapat melakukan tugas dengan lebih efisen dan berkesan. Contohnya seperti Urusan Pembangunan Usahawan MARA Terengganu, mereka hanya menjalankan tugas-tugas di dalam tanggungjawab mereka sahaja seperti merancang kursus-kursus keusahawanan, program promosi, menyediakan kemudahan pakar runding, seminar dan sebagainya. Mereka tidak akan menggangu urusan-urusan lain dan begitu juga sebaliknya.

 Lahirnya kecekapan dan kemahiran.
Urusan menjalankan bidang atau tugas yang berlainan dan ini akan melahirkan pengurus dan pekerja yang cekap dan mahir di dalam bidang masing-masing. Apabila kecekapan dan kemahiran ada pada setiap pekerja sudah pastinya mereka akan mengeluarkan output atau perkhidmatan yang berkualiti. Contohnya seperti Urusan Latihan dan Kerjaya MARA Terengganu yang bertanggungjawab di dalam memberi ceramah-ceramah pendidikan, mengadakan kursus-kursus pendidikan, seminar dan sebagainya yang berkaitan dengan pendidikan.

Pegawai Latihan di unit ini dahulunya tidak mempunyai pengalaman di dalam memberi ceramah tetapi lama kelamaan beliau menjadi semakin mahir dan pada tahun 2010 beliau dan urusannya dianugerahkan sijil kecemerlangan daripada pihak Ibu Pejabat Kuala Lumpur.

Wujudnya inovasi dan kreativiti.
Apabila pekerja semakin mahir dan cekap dalam bidangnya, maka akan wujud atau timbulnya idea-idea perubahan dan juga penambahbaikan terhadap tugas atau aktiviti yang dipertanggungjawabkan. Maka akan lahirlah inovasi dan kreativti di dalam urusan oleh pekerja-pekerja terbabit. Contoh : Urusan Pembiayaan Perniagaan MARA Terengganu yang telah banyak melakukan inovasi-inovasi dan juga kreativti bagi memastikan tugas dapat dijalankan dengan lebih efisyen dan berkesan. Diantara inovasi dan kreativiti  yang dibuat ialah penciptaan :-
1.      SISTEM i-Tebus
Sistem ini dicipta bagi mendapatkan keuntungan sebenar, pulangan dan Ibra’ bagi pembiayaan kontrak.
2.      SISTEM e-Lejer
Sistem ini bertujuan untuk memberi maklumat baki semasa dan baki pengiraan Ibra’
Kedua-dua inovasi dan kreativiti ini diilhamkan oleh Ketua Penolong Pengarah pembiayaan Perniagaan dan dibantu oleh pekerja-pekerja bawahannya.

Kerjasama dan kordinasi
      Setiap pekerja di dalam bidang yang sama , pengalaman yang sama akan dapat bekerjsasama dan kordinasi akan dapat dilaksanakan dengan jelas dan segala aktiviti-aktiviti akan berjalan dengan berkesan dan lancar. Contoh: Urusan Kutipan dan Pendakwaan. Program turun padang adalah salah satu contoh konsep kerjasama yang dilakukan di mana semua anggota di dalam urusan ini akan turun ke kawasan-kawasan yang dipilih bagi bertemu dengan peminjam-peminjam yang bermasalah.

PELAN STRATEGIK MARA TERENGGANU (No 4)


Menurut En Abdullah (Pengarah MARA Negeri Terengganu), fokus Pejabat MARA Negeri Terengganu kini meletakkan orientasi pembangunan Bumiputera luar bandar dan komuniti desa selaras dengan halatuju Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.  Ianya melibatkan 3 sektor sepertimana “Pelan Strategik”  yang telah ditetapkan iaitu :-

i)                    Aspek Pembangunan Usahawan

Usaha membangunkan usahawan desa telah dijadikan agenda penting selain selain daripada pembangunan usahawan Bumiputera secara keseluruhan. Program-program akan difokuskan untuk memajukan usahawan luar bandar. Kluster dan bidang perniagaan di bawah program ini juga sentiasa dinilai semula untuk memastikan ia bersesuaian dengan pelanggan MARA. Pengalaman MARA membawa usahawan-usahawan Bumiputera sehingga ke peringkat antarabangsa akan dijadikan panduan untuk mewujudkan “road map” yang jelas bagi membantu usahawan-usahawan luar bandar.
Pejabat MARA Negeri Terengganu akan berusaha memastikan program pembangunan usahawan disesuaikan dengan keperluan uasahawan masa kini. Lanskap perniagaan yang semakin rencam dan mencabar pada hari ini memerlukan kepada sistem pembangunan usahawan yang lebih dinamik.

ii)                  Aspek Pendidikan dan Latihan

Pengalaman MARA dalam bidang pendidikan banyak mencipta kejayaan sehingga ke peringkat antarabangsa akan dijadikan kelebihan untuk membawa masyarakat luar bandar setaraf dengan masyarakat bandar. Keupayaan menggerakkan komuniti usahawan Bumiputera sehingga mampu berada di pasaran dunia akan dijadikan bekalan membawa usahawan desa bersaing di pasaran terbuka. Pendidikan juga beperanan di dalam melahirkan modal insan yang unggul sepertimana “Program Ulul Albab” di Maktab Rendah Sains MARA. Usaha dilakukan untuk mencanai modal insan unggul supaya mempunyai pengetahuan merentasi bidang serta memasuki bidang kemahiran yang boleh menjana kekayaan di masa hadapan.

iii)                Aspek Kemudahan Pembiayaan & Premis Perniagaan
Kemudahan Pembiayaan : Didalam usaha memastikan usahawan-usahawan Bumiputera dapat bersaing dengan bangsa-bangsa lain beberapa penambahbaikan telah dibuat iaitu dengan meluaskan lagi had pembiayaan maksimum RM500,000.00 bagi pembiayaan kontrak dan RM250,000.00 bagi pembiayaan am kepada semua sektor dan jenis perniagaan, kemudahan pembiayaan perniagaan kepada kakitangan awam, peluang kedua usahawan bagi mendapatkan pembiayaan dan juga penurunan kuasa melulus kepada pegawai-pegawai yang berkuasa sepertimana pekeliling yang dikeluarkan.

Kemudahan Premis Perniagaan : Bagi membantu  usahawan-usahawan Bumiputera usaha pembinaan / pembelian dan pembangunan premis dipergiatkan. Promosi dipergiatkan bagi memastikan maklumat-maklumat berkaitan kemudahan yang disediakan sampai kepada usahawan-usahawan.

Disamping itu, En Abdullah juga menyatakan bahawa demi memastikan ketiga-tiga aspek utama itu tercapai dan terlaksana , Pejabat MARA Negeri Terengganu juga akan memastikan warga kerja MARA Terengganu benar-benar kompeten untuk menjunjung amamah murni rakyat. Beliau melihat aset terpenting MARA adalah warga kerja yang mempunyai inovasi, kreativiti dan daya pemikiran strategik untuk merangka agenda membangunkan Bumiputera. Diakhir temuduga En Abdullah menyatakan harapan semoga Pejabat MARA Negeri Terengganu khususnya dan MARA amnya, akan dapat terus memacu perjuangan dan perubahan  di dalam mencapai objektif organisasi yang telah ditetapkan.

Monday, 18 July 2011

Struktur Organisasi Pejabat MARA Negeri Terengganu (No 3)

STRUKTUR ORGANISASI 

Berdasarkan temuduga yang dibuat dengan En Abdullah Bin Mohamad, Pengarah MARA Negeri Terengganu pada 23 Januari 2010, Jam 10.00 a.m, struktur organisasi Pejabat MARA Negeri Terengganu dibuat/dianalisa berdasarkan tiga (3) strategik fokus yang telah ditetapkan (Rujuk Rajah 1).
Ianya adalah saling berkaitan kerana struktur organisasi dianalisis dan didraf berpandukan kepada “Strategik Fokus” yang telah ditetapkan. Menurut Quinn (1980) ”strategi didefinisikan sebagai corak atau perancangan yang mengintegrasikan keseluruhan matlamat, polisi dan perbuatan bagi organisasi keseluruhannya”.
Rujuk kepada Ahmad S.A. et al (2008) ada menyatakan ”Sekiranya berlaku perubahan kepada “Strategik Fokus” maka secara tidak langsung pasti akan memberi kesan atau perubahan kepada struktur organisasi” yang sediada. En Abdullah juga menyatakan bahawa Y.B. Dato’ Seri Idris Bin Jusoh, Pengerusi MARA ada menyatakan  “Strategi dan perancangan sentiasa direncana demi memastikan usaha untuk mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera dapat terus dijana. Tahun 2009 telah mencatatkan sejarah tersendiri apabila MARA diletakkan di bawah Kementerian Kamajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Ia membawa satu anjakan paradigma yang amat signifikan kepada MARA dan juga segala perancangan sama ada di peringkat makro mahupun mikro”. Saya bersetuju dengan pendapat Y.B Dato’ Seri Pengerusi kerana strategi dan perancangan adalah amat penting bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.

1. Urusan Pembangunan Usahawan
Berfungsi di dalam menyediakan latihan, bimbingan, khidmat nasihat, kaunseling dan
rundingcara dalam perniagaan dan keusahawanan kepada usahawan dan bakal usahawan bagi merealisasikan matlamat utamanya iaitu mewujudkan usahawan kelas menengah dan top intrepreneur supaya dapat meningkatkan pegangan asset dan ekuiti Bumiputera.

2. Urusan Pembiayaan Perniagaan
Berfungsi di dalam menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan berlandaskan
Syariat Islam bagi membantu usahawan memulakan dan
meningkatkan perniagaan atau perusahaan mereka dalam bidang perdagangan dan perindustrian yang bersaiz kecil dan sederhana. Sasaran kemudahan pembiayaan meliputi Bumiputera (IKS) dalam sector pembuatan, perkhidmatan, perdagangan, pengangkutan, kontrak binaan, perkhidmatan dan bekalan.

3. Urusan Pembangunan Infrastruktur Perniagaan
Berfungsi di dalam menyediakan kemudahan ruang niaga/ruang kilang untuk disewa bagi mewujud dan menambah bilangan usahawan Bumiputera serta mempertingkatkan lagi tahap usaha niaga mereka.
     
4. Urusan Latihan dan Kerjaya

Berfungsi di dalam merangka dan melaksanakan pelbagai program pendidikan untuk memastikan matlamat pendidikan MARA akan tercapai.
  
5. Urusan Kutipan dan Penguatkuasaan (Pendakwaan)
Berfungsi di dalam mengendali dan menguruskan kutipan bayaran balik pembiayaan dan menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap peminjam yang melanggar syarat perjanjian.

6. Urusan Teknikal

Berfungsi di dalam menyediakan perkhidmatan teknikal bagi member keselesaan dan kepuasan kepada pelanggan-pelanggan.

7. Urusan Pentadbiran & Kewangan 
Berfungsi di dalam mengendali dan menguruskan pentadbiran harian dan hal-hal berkaitan dengan kewangan pejabat. 

      8. Pejabat MARA Daerah

Berfungsi di setiap daerah di dalam Negeri Terengganu iaitu di Daerah Kuala Terengganu, Besut, Marang, Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman dan Setiu. Bertanggungjawab di dalam membantu Pejabat MARA Negeri Terengganu di dalam semua urusan yang berkaitan.

Mengenal Pejabat MARA Negeri Terengganu (No 2)

LATARBELAKANG PEJABAT MARA NEGERI TERENGGANU

Pejabat MARA Negeri Terengganu adalah sebuah badan berkanun yang berada di bawah Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) yang sebelum ini berada di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan (MECD) yang telah dibubarkan pada tahun 2009.  Namun begitu urusan harian Pejabat MARA Negeri Terengganu dilaksanakan bebas dan berkecuali oleh pegawai-pegawainya di bawah pengawasan Pengarah dan Ketua Pengarah (Ibu Pejabat).

Kalau kita menoleh ke belakang, MARA yang lahir pada 1 Mac 1966 adalah rentetan daripada perjuangan Rural Industrial Development Authority (RIDA) yang sememangnya bertanggungjawab untuk membangunkan kawasan luar bandar pada zaman sebelum kemerdekaan sehinggalah dekad awal kemerdekaan.
Kewujudan MARA menggantikan RIDA masih tetap membawa aspirasi dan perjuangan yang sama iaitu untuk membangunkan komuniti kaum Bumiputera yang sebahagian besarnya berada di luar bandar. Pejabat MARA Negeri Terengganu yang ditubuhkan pada tahun “1972” dan beroperasi sehingga sekarang terus menyambung perjuangan tersebut di dalam membantu Masyarakat Bumiputera.  Pejabat MARA Negeri Terengganu diterajui oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah MARA Negeri Terengganu yang dilantik oleh Ketua Pengarah MARA sepertimana tertulis di dalam Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 dengan dibantu oleh Ketua Penolong Pengarah. Di sini dinyatakan maklumat ringkas mengenai Pejabat MARA Negeri Terengganu :-
Nama Organisasi :
                        Pejabat MARA Negeri Terengganu
                        Nama Peneraju / Pengarah
Encik Abdullah Bin Mohamad
                       Visi Korporat Organisasi :   
Menjadi sebuah organisasi korporat cemerlang, berdikari, berautonomi &
Berwibawa :
● Penggerak dan pemangkin yang aktif
● Pusat jaringan dan rangkain perusahaan & Perdagangan
● Pusat maklumat, latihan, penyelidikan & Pembangunan
● Sebagai organisasi pemikir

Misi Korporat :
Menjadi badan amanah yang unggul dan diberkati untuk mengangkat martabat dan maruah bangsa menerusi pelbagai aktiviti ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan.

OBJEKTIF KORPORAT / PELAN STRATEGIK MARA (2006-2015)          
Menggalak, membimbing, melatih dan membantu Bumiputera, khususnya di luar bandar ,  supaya menyertai dengan aktif dalam kegiatan perdagangan dan perusahaan kearah membentuk Masyarakat Usahawan Bumiputera yang berdaya tahan, professional dan kukuh

OBJEKTIF OPERASI
1. Menambah bilangan bumipuetera yang sedia ada
2. Memberikan bimbingan, khidmat nasihat dan bantuan alatan kepada usahawan dan bakal usahawan
3. Menerapkan etika perniagaan yang progresif serta sikap positif bagi membolehkan usahawan mengamalkannya dalam menjalankan perusahaan / perniagaan masing-masing.
4. Membantu usahawan dalam bentuk modal pusingan dan harta tetap bagi mewujudkan dan memperkembangkan perniagaan mereka.
5. Membina dan menyediakan kemudahan ruang niaga dan ruang perusahaan serta mempertingkatkan tahap usaha niaga penyewa-penyewa.
6. Mengawalselia pinjaman/pembiayaan dan sewa ruang niaga yang masih tidak mempunyai masalah bayaran balik dan bayaran sewaan untuk memenuhi sasaran kutipan yang telah ditetapkan.
7. Melaksanakan tindakan sivil ke atas peminjam-peminjam / penyewa ruang niaga yang bertunggakan
8. Membantu di dalam program pendidikan dan latihan.